Berita Harian

Pesanan 15,000 telur cetus kecoh besar

-

Pyeongchan­g: Gara-gara salah faham, seorang cef daripada kontinjen Norway yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan terpaksa menerima 15,000 biji telur berbanding 1,500 biji telur yang dipesannya, baru-baru ini.

Mujurlah pesanan ‘tidak dijangka’ iaitu baki sebanyak 13,500 biji itu dipulangka­n semula kepada penganjur.

Ia berpunca daripada salah faham pihak penganjur yang tersilap menterjema­h pesanan dibuat itu.

Seperti dipetik berita RT, cef kontinjen Norway, Stale Johansen berkata: “Kami menerima telur yang diisi dengan separuh trak. Ia sangat luar biasa,” katanya.

Pada mulanya, chef de mission Norway, Tore Ovrebo berhempas pulas berfikir apa yang perlu dilakukan untuk menghantar telur itu, meskipun sebenarnya mereka tidak menolak kemungkina­n untuk memakannya.

Jika mereka menyimpan semua telur itu, seramai 121 delegasi atlet dan pegawainya akan mendapat lebih banyak protein dengan memakan 124 biji telur setiap orang.

Berlaku salah faham

“Telur itu sebenarnya lebih kepada berlaku salah faham berbanding daripada apa yang kami perlukan, jadi ia sebenarnya berlaku tambahan huruf kosong ketika pesanan sebenar dibuat iaitu sebanyak 1,500 hingga menjadi 15,000,” katanya sambil ketawa.

Ovrebo berkata, ia sangat penting untuk berseronok di Sukan Olimpik dan juga merebut pingat.

“Tujuannya ialah berseronok, dan menjadi rakan baik ketika kami pulang dan kembali ke sini.

Pada masa sama, kami berharap dapat memungut 30 pingat,” katanya.

 ??  ?? Kontinjen Norway terkejut terima 15,000 telur di Pyeongchan­g.
Kontinjen Norway terkejut terima 15,000 telur di Pyeongchan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia