Berita Harian

Papar sejarah migrasi Cina Singapura

Bandar, seni bina asal Chinatown masih kekal

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Tidak lengkap kunjungan atau pengembara­an anda ke Singapura sekiranya tidak menjejakka­n kaki ke Chinatown yang dianggap pintu gerbang penghijrah­an kaum Cina ke republik berkenaan.

Penghijrah­an seawal 1819, iaitu ketika zaman kegemilang­an Sir

Stamford Raffles yang menemui Temasek

(nama asal Singapura). Chinatown yang dikenali sebagai Kreta Ayer Road dalam kalangan orang Melayu dianggap nadi kepada pembanguna­n dan kepesatan ekonomi Singapura pada hari ini, sekali gus menjadi produk pelanconga­n terkemuka.

Migrasi Cina mula membanjiri Singapura seawal 1950 memulakan kehidupan awal mereka di Chinatown. Mereka terbahagi kepada beberapa kelompok kaum berdasarka­n pekerjaan dan kekayaan yang diwarisi. Namun, kebanyakan­nya bekerja sebagai penarik beca, tukang kayu dan pembuat terompah, sementara perempuan apabila berkahwin sekadar menjadi suri rumah, selain membantu pekerjaan suami.

Kedai kopi acara yum cha

Lebih menarik, sebaik penulis memasuki pintu gerbang Chinatown, kebanyakan rumah kedai yang berselirat di situ adalah bangunan asal yang didirikan sejak awal 1900. Kini, rata-ratanya dibaik pulih, namun masih mengekalka­n struktur asal.

Premis asal itu menjadi kedai menjual cenderamat­a atau restoran jalanan sebagai daya penarik kunjungan pelancong asing yang ingin melihat wajah asal Singapura. Deretan restoran jalanan yang dikenali Chinatown Food Street adalah tapak asal kedai kopi untuk acara yum cha (menikmati minuman teh Cina), kekal hingga kini.

Kunjungan penulis ke Chinatown baru-baru atas undangan resort terkemuka, Club Med memberi pendedahan mengenai asal-usul Singapura apabila dibangunka­n oleh migrasi Cina berasal dari daerah Guangdong, Pulau Hainan, Chaozhou,fujiandan bahagian selatan China, sekali gus membina empayar republik itu hingga pesat membangun.

Bagi mendapatka­n gambaran jelas mengenai kehidupan migrasi Cina suatu ketika dulu, anda boleh berkunjung ke Chinatown Heritage Centre, muzium yang memaparkan sejarah penempatan iaitu ruang kecil diperbuat daripada kayu yang disekat-sekat atau kubikel. Penulis sebak melihat ruang yang kecil itu didiami lapan sekeluarga, keadaannya langsung tidak terurus, namun itulah ‘syurga’ mereka ketika itu.

 ?? [FOTO ZUBIR MOHD YUNUS] ?? Nadi pembanguna­n republik Singapura bermula di Kreta Ayer Road.
[FOTO ZUBIR MOHD YUNUS] Nadi pembanguna­n republik Singapura bermula di Kreta Ayer Road.
 ??  ?? Chinatown Singapura sentiasa dipenuhi pelancong setiap hari.
Chinatown Singapura sentiasa dipenuhi pelancong setiap hari.
 ??  ?? Chinatown Heritage Centre berperanan seperti muzium.
Chinatown Heritage Centre berperanan seperti muzium.
 ??  ?? Bilik kecil atau kubikel yang didiami lapan sekeluarga.
Bilik kecil atau kubikel yang didiami lapan sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia