Berita Harian

Keunikan sejarah, budaya Solo dan Jogjakarta

-

Kebanyakan masyarakat di negara ini, hanya belajar mengenai Candi Borobudor dalam subjek Sejarah atau melihat di dalam laman sesawang, namun ia lebih teruja jika individu dapat mengunjung­i tempat itu dan melihat sendiri keunikanny­a.

Itulah dirasai oleh 29 peserta warga pendidik termasuk Pengarah JPN Perak, Datuk Mat Lazim Idris anjuran Majlis Pengetua Sekolah Menengah Perak (MPSB) berpeluang mengadakan lawatan sosial ke Solo dan Jogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Yang menarik, mereka dapat melihat secara langsung monumen yang berusia lebih 1000 tahun berkenaan.

Di Candi Borobudor dapat menyaksika­n bukti sejarah mengenai perkembang­an agama Hindu di Asia Tenggara dengan adanya 1,000 candi yang menunjukka­n teknologi pembinaan begitu tinggi.

Musang King RM10

Setiap pengunjung juga dapat menyaksika­n sendiri dan rasa insaf apabila mendapati kesukaran masyarakat di lereng Gunung Merapi yang sentiasa berhadapan dengan gegaran, letupan dan lahar gunung berapi.

Antara tempat menarik lain yang dilawati ialah Muzium

Puro Mangkunega­ra, iaitu istana lama di Solo, selain kilang dan tempat pembuatan batik di Solo.

Rombongan berkenaan turut berkunjung ke pusat membelibel­ah di Solo dan Jogjakarta.

Tebing Breksi adalah antara tempat paling menarik dikunjungi kerana peserta rombongan dapat melihat bandar Jogjakarta dari puncak tertinggi.

Jarak dari satu tempat ke satu tempat agak jauh tetapi perjalanan agak selesa apabila keadaan jalan rayanya yang baik dan kemahiran pemandu pelancongn­ya menunjuk arah.

Pengalaman paling menarik, semua ahli rombongan menaiki jeep menuju ke Merapi dengan melalui jalan tanah yang berbatu gunung berapi yang bengkakben­gkok selama hampir satu jam.

Sebelum mengakhiri kunjungan, peserta sempat singgah di gerai menjual durian dengan harga yang lebih murah berbanding di negara ini.

Rasa durian hampir menyamai durian Musang

King dengan harga RM10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia