Berita Harian

Keenakan stimbot, perapan barbeku

D’anjung Tasik Kundang pilihan pengunjung menjamu selera

-

Restoran D’anjung Steamboat & BBQ

Lokasi: berhadapan Tasik Biru Kundang, Rawang

Operasi: setiap hari (stimbot dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam)

Harga untuk bufet stimbot: dewasa RM 35 manakala kanak-kanak (4 -12 tahun) RM 17

Kapasiti pelanggan: 300 orang

Phid_mohd@bh.com.my

enat melayan kerenah anak-anak di sekitar kawasan Tasik Biru Kundang, Rawang, aktiviti riadah hujung minggu tidak lengkap tanpa menikmati sajian enak di Restoran D’anjung Steamboat & BBQ.

Terletak berhadapan dengan tasik seluas 20.23 hektar itu, sesi menjamu selera seisi keluarga lebih seronok sambil menyaksika­n pelbagai aksi penunggang jet ski yang datang menguji ketangkasa­n masing-masing.

Sambil menghirup sup tomyam pekat atau sup rebusan ayam di bahagian tengah meja, pengunjung boleh memanggang apa saja makanan kegemaran yang disediakan secara bufet.

Antara menu istimewa stimbot, makanan laut segar seperti udang harimau, segar, kerang laut, sotong dan isi ikan. Restoran ini juga menyajikan beberapa jenis makanan laut diproses iaitu bebola ikan, bebola sotong, watan, jejari ketam, karipap bebola dan pes ikan.

Tawar menu istimewa

Melengkapk­an sajian stimbot, pelbagai jenis sayursayur­an disediakan seperti kailan, sawi, kobis, bendi dan cendawan segar. Bagi pelanggan yang tidak mahu menambah selera boleh merebus pelbagai aneka me yang disajikan bersama.

Pemilik restoran Mohd Shahri Tamby Chik, berkata menu stimbot di sini lebih istimewa dengan hidangan daging lembu, ayam dan kambing lada hitam yang diperap seharian.

“Kami memberikan kelainan kepada pelanggan dengan menu yang disediakan tidak ada di tempat lain. Sajian istimewa dan paling mendapat sambutan iaitu ayam dan daging perap perasa sate.

“Kami menggunaka­n ramuan sendiri supaya pelanggan dapat menikmati kemanisan daging perap itu walaupun di panggang lama di atas pemanggang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Biarpun daging lembu dan kambing perap sedikit liat ketika dikunyah, namun jus dan ramuan seperti kunyit, serai dan halia yang diperap bersama masih terasa. Gabungan rasa manis dan masin cukup sempurna biarpun dipanggang lama.

Antara sajian yang paling mendapat sambutan ialah me bandung udang galah dan juga me bandung ketam segar. Kedua-dua kuah bandung ini begitu lazat dan terasa manis dari makanan laut.

 ??  ??
 ??  ?? Menu
Menu
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia