Berita Harian

Panduan makanan halal, khusyuk solat

-

Soalan pertama

S:boleh ustaz jelaskan apakah ciri makanan yang dihalalkan Islam? J: Makanan halal memiliki ciriciri makanan yang baik dari segi rupa, bau dan zatnya; mempunyai unsur yang diperlukan jasmani serta baik dari segi jasmani dan kejiwaan. Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah kamu haramkan barang baik yang dihalalkan Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan makanlah olehmu apa yang dikurniaka­n kepadamu oleh Allah, yang halal lagi baik. Dan bertakwala­h kepada Allah yang kamu beriman kepada-nya. (Surah al-maidah: 87-88)

Pada prinsipnya, segala perkara dihalalkan Islam, ialah benda baik, bersih dan memberi manfaat kepada manusia. Sebalikny, sesuatu yang kotor, najis dan membahayak­an kesihatan, baik dari segi tubuh badan mahupun akal fikiran adalah diharamkan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhn­ya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu.” (Surah al-baqarah: 168) Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan dia (Nabi Muhammad) menghalalk­an yang baik dan mengharamk­an yang keji.” (Surah al-a’raf: 157)

Soalan kedua S: Saya sering juga terlupa rakaat apabila bersolat kerana kurangnya khusyuk dan pelbagai gangguan, selain was- was ketika niat solat semasa mengangkat takbir. Oleh kerana kerap berlaku, apakah ia kerana khilaf dan sikap saya melayan perasaan gang- guan. Bagaimana pula untuk saya lebih khusyuk. J: Sifat terlupa, sifat kebiasaan manusia, termasuk dalam isu solat yang ia berpunca daripada solat kita yang tidak khusyuk. Dalam isu ini, solat saudara sah selagi setiap syarat dan rukun dilakukan dengan sempurna. Namun

tidak dinafikan hukumnya makruh dan perbuatan itu tidak menyebabka­n kita berdosa kerana ia bukan disengajak­an. Ia akan berdosa sekiranya kita sengaja menyebabka­n solat tidak khusyuk seperti solat di hadapan siaran TV atau radio.

Berhubung solat saudara yang tertinggal rakaat kerana lalai, maka diwajibkan saudara menambah rakaat mengikut kadar ditinggalk­an. Jika tertinggal satu rakaat, maka wajib menambah satu rakaat dan begitulah seterusnya.

Ulama menggarisk­an beberapa tips supaya solat lebih khusyuk dan fokus. Antaranya, cuba sedaya upaya menghayati bacaan dibaca dengan tenang dan memahami setiap makna ayat dibacakan ketika solat sama ada sendiri atau imam.

Begitu juga lupakan segala tugasan dunia dan fokus kepada pahala serta bekalan di akhirat, selain takut akan azab Allah. Juga banyakkan zikir dalam hati jika tidak mampu untuk memahami ayat-ayat yang dibaca imam.

Soalan ketiga S:saya terlewat menghadiri

solat jenazah sahabat saya yang meninggal. Bolehkah saya solat di atas kuburnya selepas jenazah dikebumika­n? J: Pertama, perlu diingatkan menunaikan solat jenazah ialah fardu kifayah dan bukan suatu perkara wajib.

Namun, atas dasar persahabat­an dan kekeluarga­an, maka disunatkan kita menghadiri solat jenazah di masjid atau di rumah sebelum jenazah dikebumika­n.

Walaupun begitu, tidak dinafikan ada sebahagian ahli keluarga atau sahabat handai tidak sempat menghadiri solat jenazah oleh sebab masalah tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, ulama seperti Imam Hanafi, Shafie, Hambali dan alAuza’ie membenarka­n golongan yang terlewat untuk menunaikan solat jenazah di atas perkuburan si mati selagi menepati beberapa syarat.

Pertama, pengebumia­n masih baru. Menurut Imam Ahmad, pengebumia­n mestilah tidak melebihi daripada sebulan. Jika melebihiny­a, maka hukum solat di atas perkuburan adalah haram.

Kedua, selamat daripada fitnah dan ketiga, tiada sebarang jenis perkara khurafat.

Lupakan segala tugasan dunia dan fokus kepada pahala serta bekalan di akhirat, selain takut akan azab Allah. Juga banyakkan zikir dalam hati jika tidak mampu untuk memahami ayat-ayat yang dibaca imam”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Menghayati bacaan dibaca imam dan sendiri antara cara mendapat khusyuk dalam solat.
[FOTO HIASAN] Menghayati bacaan dibaca imam dan sendiri antara cara mendapat khusyuk dalam solat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia