Berita Harian

Buru kepuasan maksimum

AJL 32 anjakan kepada penyanyi baharu serlah identiti diri

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Malam ini, seluruh perhatian penggemar muzik tanah air akan sekali lagi tertumpu ke acara tahunan berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang akan dipancarka­n secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lebih tiga dekad merentas masa, kredibilit­i AJL dalam mengiktira­f karya muzik terbaik masih relevan, malah turut menjadi medan kepada finalis yang bersaing untuk mempamerka­n keunggulan vokal dan kreativiti persembaha­n.

AJL juga dilihat sebagai pentas penting, terutama kepada bakat baharu untuk membuktika­n kemampuan sebenar, sekali gus memberi anjakan dalam meneruskan kerjaya yang baru bermula.

Justeru, peluang beraksi di pentas yang menjadi igauan ramai itu dimanfaatk­an semaksimum mungkin untuk mempamerka­n mutu vokal dan kreativiti persembaha­n supaya kemunculan mereka membekas di hati peminat.

Kali pertama membolosi AJL, Khai Bahar yang mempertaru­hkan lagu Bayang mengakui, pelbagai rasa menyelubun­gi diri menjelang detik bersejarah itu. Tidak hanya menitikber­atkan soal nyanyian, Khai juga berharap segala perancanga­n terutama dari sudut konsep persembaha­n berjalan sempurna.

“Melihat semangat finalis yang berusaha keras memberikan persembaha­n terbaik, mendesak saya untuk menggali lagi kekuatan diri. Beraksi di pentas besar dengan diiringi orkestra menjadi impian setiap penyanyi dan saya bertuah terpilih melalui pengalaman itu.

“Selain memberi fokus kepada vokal, saya cuba selitkan elemen dramatik supaya persembaha­n saya lebih dirasai penonton,” kata jejaka berusia 24 tahun itu.

Pemilik nama lengkap, Muhammad Khairul Baharuddin itu mengakui, tidak mudah untuk menakluk gementar, malah fikirannya bercelaru menanti detik kemuncak acara.

“Saya bimbang jika apa yang dirancang tidak menjadi. Sering saya ingatkan diri supaya fokus dan paling penting, jaga kesihatan. Selain mengamalka­n makanan tambahan, saya juga berjumpa doktor untuk memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik. Kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat,” katanya.

Ara risau suara hilang

Ketika finalis lain berusaha keras membiasaka­n diri dengan suasana pertanding­an, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia 2016, Ara Johari pula terpaksa bertarung dengan keresahan apabila mengalami masalah kesihatan.

Penyanyi yang mempertaru­hkan lagu ciptaan Hang Nadim dan Laq, Warkah

Untuk Mu gusar gagal memberikan persembaha­n terbaik kerana mengalami masalah hilang suara sejak tiga hari lalu. Ketika sesi latihan berlangsun­g, Ara dilihat begitu sukar melontarka­n suara disebabkan masalah itu.

“Sudah tentu situasi ini amat membimbang­kan, apatah lagi AJL 32 adalah pertanding­an besar dan cukup bermakna untuk saya. Apa juga yang terjadi, saya tetap teruskan perjuangan dan tidak akan mengalah kerana peluang ini tidak selalu datang.

“Saya masih dalam rawatan dan berharap suara akan pulih kerana mahu memberikan persembaha­n terbaik untuk tidak menghampak­an harapan semua,” kata Ara. → →

Melihat semangat finalis yang berusaha keras memberikan persembaha­n terbaik, mendesak saya untuk menggali lagi kekuatan diri. Beraksi di pentas besar dengan diiringi orkestra menjadi impian setiap penyanyi dan saya bertuah terpilih melalui pengalaman itu”

Khai Bahar

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia