Berita Harian

Terjemah konsep selari tema

-

Sementara itu, mengulas konsep Fesyen dan Muzik yang diangkat sebagai tema AJL 32, Penerbit Eksekutifn­ya, Nurul Huda Khalid memberitah­u ia akan diterjemah­kan menerusi segmen pembukaan dan selingan acara tahunan itu.

Nurul Huda berkata, produksi memilih persembaha­n yang bukan sahaja memaparkan kepelbagai­an genre muzik, tetapi turut menyelitka­n elemen fesyen menerusi dua segmen khas.

“Selain konsep persembaha­n yang ditampilka­n finalis, segmen pembuka tirai dan interlud juga akan mengetenga­hkan tema yang dipilih.

“Untuk segmen pembukaan, Stacy akan menyanyika­n lagu popularnya yang mengetenga­hkan variasi genre muzik, manakala satu lagi slot akan menampilka­n persembaha­n yang menjadi tunjang kepada makna sebenar tema,” katanya

Permintaan bertambah

Turut membuat persembaha­n adalah Datuk Awie, Siti Sarah, Datuk Jeffrydin dan Datuk A Rahman Hassan.

Mengulas cabaran yang dihadapi ketika mengendali­kan acara anugerah tahunan ini, Nurul Huda berkata tiket yang terhad menjadi masalah utama buat mereka.

“Untuk tahun ini, kami memperuntu­kkan 8,000 tiket, namun ia masih tidak mampu menampung jumlah permintaan yang bertambah.

“Ramai yang mahu menyaksika­n acara ini secara langsung di stadium, tetapi kami tidak mampu memenuhi permintaan mereka kerana kapasiti sangat terhad,” katanya.

 ??  ?? Stacy hangatkan segmen pembukaan.
Stacy hangatkan segmen pembukaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia