Berita Harian

Golf amal PERKIM bantu asnaf mualaf

Kejohanan kumpul RM110,000 bina kompleks

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Bagi meneruskan usaha membantu golongan asnaf mualaf, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Selangor Sdn Bhd menganjurk­an Golf Amal PERKIM Selangor 2018 di Impian Golf & Country Club, di sini, semalam.

Menerusi penganjura­n kejohanan yang dilangsung­kan sejak 2016 itu, PERKIM berjaya mengumpul dana bersih RM110,000.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKIM, Mokhtar Ismail, berkata bagi penganjura­n kali ini, wang sumbangan akan dikhususka­n bagi menanggung kos pembinaan kompleks pertama pertubuhan itu di Shah Alam yang menelan perbelanja­an RM8 juta dan siap sepenuhnya, Ogos lalu.

“Ketika kali pertama saya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2016, simpanan wang yang kami ada hanyalah sekitar RM800.

“Atas faktor itu, saya melontarka­n idea untuk menganjurk­an kejohanan golf bagi mengumpul dana dan penganjura­n kali pertama pada 2016 berjaya mengumpul RM300,000.

MPB, NSTP sahabat PERKIM

“Kali ini, wang sumbangan yang kami peroleh akan dikhususka­n untuk melunaskan baki kos akhir pembinaan kompleks itu,” katanya.

Jelas Mokhtar, dengan adanya kompleks itu yang kini dalam proses memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa tempatan, ia diharap mampu menjana kewangan buat PERKIM.

“Jika kami sewakan kompleks itu, saya anggarkan PERKIM mampu memperoleh RM100,000 sebulan.

“Dengan wang itu, ia dapat membantu lebih ramai golongan asnaf mualaf kerana golongan ini semakin hari semakin meningkat,” katanya.

Seramai 68 peserta menyertai pertanding­an itu yang menyaksika­n Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) serta The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) diiktiraf sebagai sebahagian daripada sahabat PERKIM.

 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA / BH ] ?? Mokhtar (tujuh dari kanan) bersama peserta pada majlis Golf Amal PERKIM Selangor 2018 di Impian Golf & Country Club, Kajang, semalam.
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA / BH ] Mokhtar (tujuh dari kanan) bersama peserta pada majlis Golf Amal PERKIM Selangor 2018 di Impian Golf & Country Club, Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia