Berita Harian

Zheng Yang Olahragawa­n SUKIPT

Chui Fei dipilih olahragawa­ti kejohanan

- Oleh Sukhairi Thani

Dua perenang dinobat selaku Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 pada hari kemuncak temasya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Gelaran Olahragawa­n menjadi milik atlet Taylor’s University, Yeap Zheng Yang, manakala Angela Chieng Chui Fei (Universiti Putra Malaysia), dipilih sebagai Olahragawa­ti bagi edisi kali ini.

Bagi Zheng Yang yang juga perenang kebangsaan, gelaran itu menjadi pencetus semangat buatnya menghadapi kejohanan akan datang.

“Ini kali pertama (menyertai SUKIPT) dan tak sangka boleh meraih gelaran ini,” kata Zheng Yang yang membantu kontinjen Taylor’s University meraih lima pingat emas dan satu perak.

“Ini satu perkembang­an baik untuk mencapai sasaran seterusnya dan saya berpuas hati dengan prestasi sendiri. Selepas ini, saya akan cuba perbaiki lagi catatan terbaik peribadi,” katanya ketika ditemui.

Selain pingat, Zheng Yang, 19, turut memadamkan tiga rekod temasya dalam acara 1,500m gaya bebas dengan catatan baharu 16 minit 19.78 saat, 800m gaya bebas (8:25.37s) dan 400m gaya bebas (4:02.07s).

Tonik lebih menyerlah

Sementara itu, Chui Fei dari Sarawak, menyifatka­n pencapaian kali ini sebagai tonik buatnya untuk lebih menyerlah, terutama pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak.

“Saya hanya buat yang terbaik untuk UPM dan saya mengambil serius penyertaan di sini,” kata perenang berusia 20 tahun itu.

“Saya tidak meletak sasaran untuk memecahkan rekod, hanya sasaran pingat emas.

“Untuk tahun ini, saya akan memberi lebih tumpuan kepada SUKMA dan sekiranya dapat menyertai Sukan Asia, ia pastinya sesuatu yang bagus buat saya.

“Apa pun, saya berpuas hati dengan pencapaian di sini apatah lagi kali pertama menyertain­ya. Ini satu permulaan yang cukup baik untuk tahun ini.”

SUKIPT 2018 melabuhkan tirainya semalam menyaksika­n UPM muncul selaku juara keseluruha­n dengan menggondol 44 emas, 41 perak dan 33 gangsa.

Universiti Teknologi MARA (UITM) di tangga kedua dengan 423735, manakala Politeknik Malaysia ketiga 271727 gangsa.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] ?? Zheng Yang dan Chui Fei dinobat Olahragawa­n dan Olahragawa­ti SUKIPT 2018 pada hari kemuncak temasya di UKM, Bangi, semalam.
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] Zheng Yang dan Chui Fei dinobat Olahragawa­n dan Olahragawa­ti SUKIPT 2018 pada hari kemuncak temasya di UKM, Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia