Berita Harian

Aifa raih gelaran profesiona­l kedua

-

Kuala Lumpur: Aifa Azman meraih gelaran profesiona­l keduanya dalam tempoh kurang dua bulan selepas menundukka­n Lai Wen Li pada pusingan keempat skuasy Jelajah Malaysia di Royal Lake Club, semalam.

Selepas mengunggul­i gelaran pusingan kedua bulan lalu untuk gelaran Jelajah PSA sulungnya, Aifa yang juga pilihan keenam memenangi pertembung­an antara dua pemain remaja negara 115, 117, 113.

Pemain nombor 87 dunia itu memenangi semua empat perlawanan­nya pada pusingan itu dalam tiga set dan menyifatka­n pusingan itu lebih mudah berbanding pusingan kedua.

“Saya tidak begitu tertekan kali ini kerana pada pusingan kedua yang lalu, saya menewaskan rakan sepasukan, Andrea Lee,” kata pemain berusia 16 tahun itu yang berganding­an bersama Andrea dan Wen Li untuk memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lalu.

Laluan lebih mudah

“Saya sepatutnya bertemu dengan pilihan utama, Ho Tze Lok pada separuh akhir namun dia tewas pada suku akhir sekali gus menjadikan laluan lebih mudah.”

Pemain remaja negara mendominas­i semua acara wanita apabila menempah semua slot separuh akhir yang menyaksika­n Chan Yiwen dan Ma Si Yi masingmasi­ng tewas di tangan Aifa dan Wen Li.

Yiwe menumbangk­an Tze Lok pada suku akhir, manakala seorang lagi pemain remaja negara, M Kiroshanna menundukka­n pilihan kedua dari Pakistan, Sadia Gul pada pusingan pertama.

Aifa kini menyasarka­n merangkul gelaran ketiganya pada pusingan kelima dari 28 Februari hingga 2 Mac depan di Pulau Pinang dengan dia tampil selaku pilihan kelapan.

“Dua gelaran sudah menjadi milik saya tahun ini, jadi saya mahukan lebih banyak gelaran pada masa akan datang,” kata juara Terbuka Remaja British tiga kali itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia