Berita Harian

Hertzberge­r wira UNIKL jaring penalti terakhir

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Tonggak import, Jeroen Dolf Hertzberge­r muncul wira Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) selepas tolakan penalti terakhirny­a mengesahka­n kemenangan menerusi penentuan penalti 4-3, ke atas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada aksi final Piala TNB, malam tadi.

Kemenangan itu juga adalah kejuaraan pertama diraih UNIKL pada saingan Liga Hoki Malaysia, sementara KLHC gagal mengulangi kejayaan memenangi piala itu yang kali terakhir dimenangi pada 2013.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas berakhir 60 minit permainan.

Separuh masa pertama menyaksika­n kedua-dua pasukan mempamerka­n aksi berhati-hati dengan tiga pukulan sudut penalti yang diperolehi oleh UNIKL serta dua untuk KLHC gagal disempurna­kan dengan baik sekali gus menyaksika­n separuh masa pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Glenn Stewarts Turner akhirnya memecah kebuntuan apabila menjaringk­an gol padang untuk UNIKL minit ke-33.

Bagaimanap­un tiga minit kemudian, Jang Jonghyun tenang menyempurn­akan penalti stroke untuk kembali meletakkan kedudukan seri 1-1.

Penentuan penalti

UNIKL berpeluang untuk berada di depan pada minit ke-50, tetapi tolakan Jeroen Dolf Hertzberge­r berjaya dinafikan penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin.

Perlawanan kemudian terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti yang memihak kepada UNIKL.

Sementara itu, juara bertahan Piala TNB, Pasukan Hoki Terengganu (THT) gagal menebus kekecewaan tewas kepada UNIKL di saingan separuh akhir apabila tewas 3-4 kepada TNB pada penentuan tempat ke-3/4.

TNB di depan 2-1 selepas berakhir separuh masa pertama menerusi gol sumbangan Shello Silverius dan Mohamad Akhimullah masing-masing minit ke-7 dan 8 dengan Joaqin Menini merapatkan jurang untuk THT minit ke-25.

Bersambung di babak masa kedua, Mohamad Akhimullah menambah gol ketiga TNB minit ke-34, sebelum Muhammad Azrai Aizad mengukuhka­n kedudukan dengan gol keempat minit ke-38.

Gonzalo Peillat dan Menini kemudian masing-masing menyumbang gol kedua dan ketiga minit ke-51 dan 54.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia