Berita Harian

Rebut pengalaman di luar negara

Cheng Hoe galak pemain sertai liga asing

- Oleh Devinder Singh

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggesa lebih ramai lagi pemain tempatan untuk mengikut jejak langkah Kiko Insa yang membuat keputusan beraksi di luar negara.

Pemain naturalisa­si berusia 30 tahun itu meninggalk­an Pahang selepas semusim untuk menyertai pasukan Thailand, Bangkok Class dan menerusi laman Instagramn­ya, dia menyatakan ‘menanti cabaran baharu pada 2018. Tiba masa untuk berubah.’

Insa akan menjadi antara empat pemain Malaysia yang beraksi di luar negara pada musim ini selepas bekas pemain remaja MIFA, M Kavishkuma­r menyertai pasukan divisyen lima dari Jepun, Tokai FC.

Dua lagi pemain adalah pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Dominic Tan serta pemain tengah, Syamer Kutty Abba yang beraksi bersama pasukan divisyen tiga Portugal, Vilaverden­se FC secara pinjaman untuk jangka masa panjang.

Cheng Hoe menyokong mana-mana pemain yang mahu meluaskan pengalaman mereka sambil mengharapk­an lebih ramai pemain senior mengikut jejak langkah Insa yang memiliki enam penampilan bersama skuad kebangsaan ketika di bawah kendalian Nelo Vingada, tahun lalu.

Inisiatif baik

“Ini adalah inisiatif yang baik daripada Kiko dan kita akan terus memantau perkembang­annya. Saya akan mempertimb­angkan dia sebagai pilihan dan kami akan turut terbang ke Bangkok untuk menyaksika­n persembaha­nnya walaupun liga Thailand baru sahaja akan bermula.

“Sudah pasti ia memberi manfaat jika lebih ramai pemain beraksi di luar dan berdepan dengan pelbagai corak permainan di peringkat berbeza. Mereka dapat berkongsi pengalaman selepas kembali ke sini,” kata Cheng Hoe.

Sebelum ini, beberapa pemain tempatan pernah beraksi di luar negara antaranya Safee Sali, Nazmi Faiz Mansor dan juga Wan Zack Haikal Wan Nor.

Dalam perkembang­an lain, Cheng Hoe juga menyatakan minat untuk memanggil pemain tengah JDT yang juga abang kepada Kiko, iaitu Natxo Insa buat kali pertama, sementara pemain tengah Perak, Brendan Gan yang terlepas sepanjang musim lalu akibat kecederaan turut berada dalam radar.

“Natxo sudah bersedia untuk aksi antarabang­sa dan dia adalah antara pilihan dalam kalangan pemain naturalisa­si. Asalkan mereka beraksi dengan baik bersama pasukan masing-masing, sudah pasti mereka akan dipertimba­ngkan termasuk juga pemain skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia