Berita Harian

Devan mahu pemain MISC-MIFA terus fokus

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Jurulatih pasu kan Majlis Sukan India Malaysiape­rsatuan Bola Sepak India Malaysia (MISCMIFA), K Devan, mengingatk­an pemainnya supaya tidak terlalu selesa selepas merakam kemenangan sulung ketika menewaskan Terengganu FC 2 (TFC2) 10, dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini, malam semalam.

Bagi Devan, masih terlalu awal untuk pemain MISC-MIFA untuk mendabik dada kerana banyak lagi perlawanan dan pasukan lebih mencabar yang perlu dihadapi mereka pada musim ini.

Sehubungan itu, Devan meminta pemainnya kekal fokus dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan MISC-MIFA mampu mengekalka­n rentak kemenangan serta berada di kedudukan teratas dalam carta Liga Perdana.

“Kemenangan ini adalah satu permulaan baik bagi MISC-MIFA berbanding musim lalu, namun kita kena terus bekerja keras untuk menuai hasil yang positif.

“Kita perlu terus kekal menjadi pasukan yang sentiasa merendah diri bagi untuk mengekalka­n rentak kemenangan dalam perlawanan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kemenangan sulung

MISC-MIFA merakam kemenangan sulung selepas percubaan pemain import dari Brazil, Elizeu Batista, ditampan masuk ke dalam gol sendiri oleh pemain pertahanan tengah TFC2, S?bastien Thuri?re, pada minit ke-8 perlawanan malam tadi.

Gol itu membolehka­n skuad bimbingan Devan merakamkan kemenangan sulung musim ini selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan menentang Kuantan FA dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), dalam perlawanan sebelum ini.

Kemenangan itu juga membolehka­n MISC-MIFA mengumpul lima mata dan melonjak ke tangga ketiga carta Liga Perdana, di belakang FELDA United (6 mata) dan Sabah (7 mata).

FELDA United akan menanti kunjungan skuad Pulau Pinang dalam aksi di laman sendiri, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia