Berita Harian

Sekat ayam tambatan Kedah

PKNP waspada ancaman Andik di Batu Kawan

- Oleh Rodly Fadly

Ketiadaan perancang tengah Kedah, Liridon Krasniqi yang digantung permainan akibat menerima kad merah melegakan PKNP FC, namun kelibat Andik Vermansyah kini menjadi ancaman baharu apabila keduadua pasukan bertarung di Stadium Negeri Batu Kawan, hari ini.

Ketua pasukan PKNP, Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui Andik mampu menjadi pemusnah jika mereka gagal memberi fokus dan membiarkan pemain Indonesia itu bergerak bebas sewenangwe­nangnya.

“Sudah tentu ketiadaan Liridon agak melegakan kerana dia adalah kunci utama Kedah, namun sekarang Andik pula datang untuk memberi ancaman.

“Kehadirann­ya akan memberi impak besar kepada Kedah. Kita sedia maklum dengan kemampuan pemain itu ketika dia bersama Selangor.

“Andik tidak boleh diberi ruang bergerak bebas kerana dia mampu menjadi pemusnah. Kami perlu merantai dia serta tidak boleh leka walaupun sesaat,” katanya.

Andik dijangka turun

Andik yang sah menyertai Helang Merah kelmarin dijangka diturunkan kali ini bagi memperkasa­kan jentera serangan yang sedikit bergelut, apatah lagi ketiadaan Liridon yang digantung secara automatik selepas dilayangka­n kad merah.

Selepas dua perlawanan, Kedah belum mengutip sebarang mata serta menghuni tangga kedua terbawah apabila tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta‘zim (JDT) dan 1-3 kepada Perak.

Shahrel yang tidak akan beraksi kerana masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan pangkal paha bagaimanap­un yakin PKNP mampu memberi saingan kepada Kedah.

Pemain itu berkata, walaupun tewas 0-3 kepada JDT, Selasa lalu, dia menganggap jumlah jaringan dihasilkan menunjukka­n PKNP bukannya skuad yang boleh dijadikan pasukan belasahan.

Pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim itu kini mengumpul tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada perlawanan pertama.

“Kalau kami berupaya menyekat JDT daripada berpesta gol di Larkin, saya yakin PKNP mampu mengejutka­n Kedah di gelanggang sendiri,” kata Shahrel.

 ?? [ FOTO AMRAN HAMID] ?? Andik ketika menjalani latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
[ FOTO AMRAN HAMID] Andik ketika menjalani latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia