Berita Harian

IMPIAN BERKECAI

Skuad lelaki gagal saingi China dalam Kejohanan Berpasukan Asia

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Impian skuad lelaki negara untuk meneruskan kecemerlan­gan mara ke perlawanan akhir Kejohanan Berpasukan Asia tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada China di separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, malam tadi.

Bagaimanap­un, kegagalan itu tidak memberi sebarang kesan kerana Malaysia sudah menempah slot ke Piala Thomas di Bangkok Mei depan apabila berjaya muncul empat pasukan terbaik Asia.

Menurut pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin, kekalahan kali ini adalah disebabkan dua faktor iaitu tekanan dan keupayaan daripada segi fizikal selepas membawa Malaysia mara sehingga ke separuh akhir.

“Kami tidak berjaya menyumbang­kan mata penting untuk negara, saya minta maaf kepada rakyat Malaysia dan gagal memberikan permainan yang baik,” katanya selepas perlawanan tamat.

Yew Sin yang berasal dari Melaka juga mengakui aksinya pada kejohanan ini agak kurang konsisten kerana ada masa beraksi dengan baik dan sebaliknya.

“Hari ini (semalam) dan pada perlawanan pertama (kalah 2-3 kepada Thailand) aksi kami kurang memberangs­angkan.

“Bagaimanap­un, selepas ini kita akan berlatih dengan lebih keras sebab sudah tahu kelemahan yang dapat dilihat di kejohanan ini,” katanya.

Gagal kekal rentak

Dalam aksi hari ini, Lee Zii Jia gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas straight set kepada Shi Yuqi 18-21, 9-21.

Bagaimanap­un, pasangan beregu utama negara, Goh V Shem-tan Wee Kiong kembali mengikat kedudukan 1-1 apabila mereka tidak berdepan masalah untuk menumpaska­n He Jiting-tan Qiang 21-18, 21-12.

Kecemerlan­gan V Shem-wee Kiong tidak berjaya diteruskan perseorang­an kedua, Soong Joo Ven apabila kalah 17-21, 8-21 kepada Qiao Bin.

Hasrat untuk melihat beregu kedua, Ong Yew Sin-teo Ee Yi bangkit juga tidak kesampaian apabila mereka kalah kepada Han Chengkai-zhou Haodong 15-21, 13-21.

Menanti China di perlawanan akhir ialah Indonesia yang menumpaska­n Korea Selatan 3-2.

Kami tidak berjaya sumbangkan mata penting untuk negara, saya minta maaf kepada rakyat Malaysia dan gagal memberikan permainan yang baik”

Ong Yew Sin, Pemain badminton beregu lelaki negara

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Zii Jia tewas kepada pemain China Shi Yuqi, 18-21, 9-21 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, malam tadi.
[ FOTO BERNAMA ] Zii Jia tewas kepada pemain China Shi Yuqi, 18-21, 9-21 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia