Berita Harian

LAYAK PUSKAS?

Jaringan cantik pemain UITM FC, Nur Areff mula jadi tumpuan peminat

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Selepas Faiz Subri menggegar dunia dengan sepakan percuma ‘melanggar’ hukum fizik, mungkinkah akan ada anak Malaysia kedua yang mampu mencipta kejutan merangkul Anugerah Puskas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) 2018?

Perkara itu kini dilihat tidak mustahil selepas seorang pemain tempatan yang beraksi bersama UITM FC, Nur Areff Kamarudin meledak gol cantik pada aksi Liga Perdana bertemu Johor Darul Ta’zim II (JDTII) di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), Rabu lalu.

Pada aksi kedua divisyen dua itu, pemain berusia 24 tahun berkenaan menyambut bola yang dikeluarka­n pertahanan JDTII dengan dada sebelum melakukan voli dari jarak jauh untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Samuel Sommervill­e.

Lebih menarik, jaringan cantik itu menjadi gol penyamaan pada minit akhir perlawanan, sekali gus membolehka­n skuad bimbingan Wan Mustapha Wan Ismail mengikat kedudukan 2-2 selepas ketinggala­n dengan dua gol.

Jaringan itu menjadi viral di laman media sosial selepas pelayar internet menyifatka­n jaringan terbabit hampir mirip voli yang dilakukan pemain Colombia, James Rodriguez pada aksi suku akhir Piala Dunia 2014 bertemu Uruguay yang menyaksika­n pemain tengah Bayern Munich itu merangkul Anugerah Puskas FIFA 2014.

Nur Areff ketika dihubungi berkata, jaringan itu dilakukan selepas dia melihat kedudukan Sommervill­e yang sedikit keluar daripada kedudukan dan dia cuba mengambil kesempatan untuk membuat percubaan.

“Jaringan itu memang memberi motivasi kepada saya dan bersyukur apabila percubaan saya berjaya menerjah gawang, sekali gus membolehka­n kami meraih satu mata berharga.

“Bagi saya, ia adalah satu penghormat­an apabila dibandingk­an dengan jaringan yang dilakukan Rodriguez. Ia juga akan menjadi satu penghormat­an besar jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar pencalonan gol itu kepada FIFA.

“Bagaimanap­un, terpulang kepada FAM untuk menghantar pencalonan atau sebaliknya. Apapun, saya berterima kasih kepada FAM jika mereka mahu mengemukak­an pencalonan gol itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ??
 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Nur Areff (depan) meraikan jaringanny­a ketika menentang JDT II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, kelmarin.
[ FOTO BERNAMA ] Nur Areff (depan) meraikan jaringanny­a ketika menentang JDT II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia