Berita Harian

Kampung Talungan dapat bekalan air bersih

-

Tuaran: Penyediaan tangki dan sistem paip graviti baharu di Kampung Talungan di Telipok dekat sini, melegakan penduduk kawasan luar bandar dan berbukit itu yang kerap mengalami kesukaran mendapatka­n bekalan air ketika musim hujan.

Kemudahan sistem bekalan air bersih kepada lebih 580 penduduk di kampung itu adalah projek komuniti menerusi Program Tanggung jawab Sosial Korporat Etiqa Takaful Bhd dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM), bertujuan membantu penduduk luar bandar.

Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n (JKKK) Kampung Talungan, Ganam Kupong, 70, berkata penyediaan kemudahan itu mengakhiri penantian penduduk menikmati kemudahan bekalan air bersih, berbanding kesukaran sebelum ini apabila air menjadi keruh setiap kali hujan lebat.

60 rumah dapat kemudahan

Katanya, kampung berkenaan mempunyai paip usang dan memerlukan kos tinggi untuk diganti, termasuk menambah paip sejauh empat kilometer (km) ke tadahan lebih tinggi untuk menerima air graviti kekal.

“Kami bernasib baik mendapat bantuan membina semula paip dan 60 rumah menikmati kemudahan ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ganam berkata, penduduk kampung akan bergotongr­oyong memasang sistem paip itu minggu depan.

Penduduk, Mary Ganam, 45, berkata kemudahan itu menjimatka­n kos penduduk kerana terpaksa mengeluark­an wang sendiri membaiki kerosakan paip sebelum ini.

Bantuan kemanusiaa­n

“Kebanyakan penduduk kampung ini bekerja sebagai petani dan penoreh getah dengan pendapatan rendah, justeru kemudahan ini amat membantu keperluan kami,” kata guru Sekolah Kebangsaan (SK) Talungan itu ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Presiden IAM, Zawahir Abdullah, berkata projek pembinaan paip graviti membabitka­n peruntukan RM100,000 termasuk penyediaan 45 gulung paip serta empat tangki air dengan kapasiti 4,000 liter.

“Sebagai badan bukan kerajaan (NGO), IAM berperanan melaksanak­an tugas kemanusiaa­n dalam membantu golongan memerlukan.

“Ini adalah aktiviti ketiga selepas dua program di Semenanjun­g dan kami akan ke Sarawak selepas ini bagi misi sama,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kiulu, Janih Bangud.

 ?? [ FOTO RECQUEAL RAIMI / BH ] ?? Ganam (tengah) pada Majlis Perasmian Penyerahan Projek Bekalan Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Talungan, Telipok, semalam.
[ FOTO RECQUEAL RAIMI / BH ] Ganam (tengah) pada Majlis Perasmian Penyerahan Projek Bekalan Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Talungan, Telipok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia