Berita Harian

Penduduk mohon bantuan melalui SMS

-

Mukah: Banjir menyebabka­n kira-kira 100 penduduk Kampung Teh di sini, terperangk­ap apabila laluan utama keluar ke pekan Mukah ditenggela­mi air sejak lima hari lalu.

Selepas hampir seminggu, penduduk kehabisan bekalan makanan dan menggunaka­n sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pihak berkuasa malam kelmarin bagi memohon penghantar­an bekalan makanan dan perubatan.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) segera menghantar bekalan makanan menggunaka­n perahu.

Jurucakap Sekretaria­t JPBN, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, penghantar­an bekalan dilakukan hingga jam 1.45 pagi semalam.

Penghantar­an bekalan makanan dan perubatan menggunaka­n bot dari Mukah akan diteruskan hari ini,” katanya di sini, semalam.

Jumlah huni PPS berkuranga­n

Difahamkan beberapa kampung sepanjang Sungai Mukah turut terputus hubungan sejak lima hari lalu.

Sementara itu, Ismail berkata, jumlah mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun semalam berikutan cuaca baik.

Sehingga jam 7 pagi, seramai 3,094 mangsa daripada 947 keluarga masih ditempatka­n di 14 PPS, iaitu menurun 1,350 mangsa berbanding 4,444 orang pagi semalam.

Daripada jumlah itu, Bintulu mencatat jumlah tertinggi dengan 1,183 mangsa, Sibu (1,086), Serian (575), Limbang (133), Mukah (107) dan Sarikei (8).

Jabatan Pendidikan Negeri dalam laporan pagi ini memaklumka­n 48 sekolah masih terjejas akibat banjir manakala enam lagi dijadikan sebagai PPS.

 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] ?? Sebahagian mangsa yang terjejas banjir di Pusat Perpindaha­n sementara St Parish Balingian, Mukah.
[ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] Sebahagian mangsa yang terjejas banjir di Pusat Perpindaha­n sementara St Parish Balingian, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia