Berita Harian

Isteri maut dikelar suami cemburu

-

Serian: Cemburu dipercayai menjadi motif seorang petani mengelar isterinya menggunaka­n pisau di rumah mereka di Kampung Bedup Longgok, di sini, tengah hari kelmarin.

Suspek berusia 38 tahun itu cuba menyembuny­ikan perbuatann­ya dengan datang ke Balai Polis Serian jam 1.35 tengah hari dan memaklumka­n isterinya yang berusia 33 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.

Sumber berkata, siasatan polis di rumah pasangan itu menemui beberapa unsur mencurigak­an, selain kenyataan suspek yang meragukan.

Menurutnya, suspek dipercayai mengelar isterinya akibat cemburu kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan sulit.

Bukan kes samun

“Cemburu mungkin menjadi motif utama kejadian, manakala keterangan suspek juga tidak konsisten.

“Pemeriksaa­n lanjut di lokasi kejadian menemui sebilah pisau pemotong sayur di dapur yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar leher isterinya sehingga mati, manakala tiada kehilangan barang berharga yang boleh dikaitkan dengan samun,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, anak perempuan pasangan itu kini dijaga jiran buat sementara waktu sebelum polis mendapat perintah mahkamah dan menyerahka­n kanak-kanak itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Reman tujuh hari

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kota Samarahan membenarka­n permohonan reman tujuh hari terhadap suspek bermula semalam sehingga 17 Februari.

Majistret Dayang Roseling Awang Mahdini membenarka­n permohonan itu bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, dalam kenyataann­ya berkata, mangsa ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.

Katanya, suami mangsa mendakwa menemui isterinya dalam keadaan sedemikian selepas pulang dari mengambil anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun dari sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia