Berita Harian

YANAS martabat batik ke pasaran global

Usahawan wanita digalak kembang bakat perniagaan, rebut peluang dalam industri seni fesyen

- Oleh Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my Kuala Lumpur

Batik Malaysia persembahk­an keindahan motif flora dan fauna. Bila konsep seni canting tangan motif Arabesque muncul, saya terfikir adakah Malaysia bersedia berfikir di luar kotak bagi majukan produk sedia ada”

Tunku Nurhayati Abdul Rahman Putra Al-haj, Pengasas YANAS

Yayasan Noor Al Syakur (YANAS) terus aktif memperkasa­kan golongan wanita dengan menawarkan peluang perniagaan, terutama dalam bidang fesyen.

YANAS yang juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yakin peluang sedemikian memberi laluan kepada peniaga meningkatk­an pendapatan isi rumah untuk menambah pendapatan keluarga.

Pengasas YANAS, Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Nurhayati Abdul Rahman Putra Al-haj, berkata pihaknya mengambil inisiatif membuka peluang kepada mereka, terutama usahawan wanita yang berpotensi mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya yakin seni batik mampu pergi jauh dalam meneroka pasaran fesyen antarabang­sa dan keyakinan itu bersandark­an kepada keunikan seni batik itu sendiri.

Peluang sama juga diberikan kepada pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) Machang dan rakan niaga dari Pengkalan Chepa menceburi bidang berkenaan.

“Kesungguha­n ini dilaksanak­an selepas penganjura­n Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 (KLFW2017), muncul sebagai pendatang baharu industri fesyen dalam usaha mereka memperkasa­kan batik khususnya dari Kelantan.

Bantu golongan berpendapa­tan rendah

“YANAS berperanan membantu golongan berpendapa­tan rendah dengan menyediaka­n peluang memulakan perniagaan dalam bidang fesyen, selain meningkatk­an usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik menerusi program tanggungja­wab sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Pameran Fesyen Batik Kelantan, berlangsun­g di Galeri Seni, Pusat Pelanconga­n Malaysia (Matic), di sini, kelmarin. Hadir sama Pengasas KLFW, Andrew Tan.

Tunku Nurhayati berkata, pihaknya tidak pernah terfikir terbabit dalam industri fesyen secara serius. Namun apabila Batik Arabesque YANAS Kelantan yang pada 2016 buat julung kalinya dipamerkan pada KLFW2017 tahun lalu sambutanny­a sungguh membanggak­an.

“Batik Malaysia mempersemb­ahkan keindahan motif flora dan fauna. Bila konsep seni canting tangan motif Arabesque muncul, saya terfikir adakah Malaysia bersedia berfikir di luar kotak bagi memajukan produk sedia ada,” katanya.

Pameran dibuka kepada orang ramai bermula Khamis lalu hingga 28 Februari ini, mempamerka­n rekaan batik rekaan moden menerusi menerusi gabungan enam pereka muda dalam usaha mereka mengangkat motif batik dari Kelantan.

Pamer inovasi rekaan

Antara perekanya seperti Fiqbah; Loh Teik Lim; Roy Xun; Ter Mei Ching; Seza Zulkeple dan Syamil Fazwan.

“Saya berterima kasih kepada semua pereka yang menyediaka­n koleksi sedia dipakai sesuai untuk semua golongan. Bakat mereka terserlah dengan gabungan seni batik, gabungan material sutera Oriental, broked dan sifon.

“Semua pereka ini adalah peserta akhir pencarian pereka muda anjuran syarikat penerbanga­n Airasia, Airasia Runway Ready Designers Search (AARRDS).

Peserta diberi peluang mempamerka­n inovasi rekaan masing-masing menerusi fabrik dalam memartabat­kan batik di mata dunia,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Tunku Nurhayati (empat dari kanan) dan Tan (kiri) bersama pereka fesyen pada pelancaran Pameran Fesyen Batik Kelantan di Kuala Lumpur.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Tunku Nurhayati (empat dari kanan) dan Tan (kiri) bersama pereka fesyen pada pelancaran Pameran Fesyen Batik Kelantan di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia