Berita Harian

Ola Bola The Musical kesinambun­gan legasi unggul Tiara Jacquelina

Keunggulan Ola Bola The Musical tanda aras baharu pementasan teater muzikal tempatan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Jenama Enfiniti (M) Sdn Bhd milik Puan Seri Tiara Jacquelina begitu sinonim di hati penggemar seni pementasan muzikal. Menggabung­kan elemen seni dan komersial, syarikat produksi itu cemerlang menerusi siri pementasan hebat seperti Puteri Gunung Ledang (PGL), P Ramlee The Musical serta The Secret Life of Nora yang mencatat jualan tiket tinggi ketika dipentaska­n di panggung berprestij, Istana Budaya (IB).

Kepercayaa­n yang diletakkan khalayak kepada produksiny­a tidak dipersiaka­n Tiara menerusi buah tangan terbaru, Ola Bola The Musical. Dipentaska­n sejak Khamis lalu,

Ola Bola The Musical meneruskan legasi keunggulan Enfiniti dalam penerbitan teater, sekali gus menjadi penanda aras terbaru kepada pementasan muzikal lain yang bakal menyusul.

Diadaptasi daripada filem pecah panggung, Ola Bola, muzikal ini berkisar mengenai pemain bola sepak kebangsaan yang dalam dilema antara keinginan berjuang untuk negara dan masalah peribadi yang hampir mematahkan semangat.

Bagaikan menaiki permainan

roller coaster, emosi penonton turut terheret dalam momen suka duka setiap karakter. Tiba babak sedih, tanpa disedari air mata mengalir dan ketika kejayaan dicapai, audiens turut bersorak seolaholah mereka ada bersama di atas pentas.

Rombak skrip 10 kali

Selepas lebih 10 kali skrip dirombak sematamata untuk mendapatka­n jalan cerita mantap adalah keputusan terbaik dibuat produksi. Untuk memastikan setiap karakter realistik, pemilihan pelakon yang tepat memainkan peranan penting.

Di sini, terletak kehebatan Tiara sebagai penerbit dan penga rah dalam menentukan barisan pelakon yang layak menerajui teater ini.

Walaupun kebanyakan­nya muka baharu, Tiara yang ditemui pada sidang media pratonton muzikal itu, barubaru ini mengakui, hanya mereka yang berjiwa cekal sahaja dipilih untuk beraksi.

“Meskipun kebanyakan pelakon adalah orang baharu, mereka sanggup bekerja keras dan berlatih berbulan lamanya untuk memberikan yang terbaik. Untuk berlakon dalam muzikal ini, mereka perlu komited dan tidak boleh menerima tawaran lain.

“Itu syarat yang perlu mereka patuhi. Saya selalu tekankan kepada mereka, jika saya pada usia matang masih mampu melakukann­ya, mengapa mereka yang masih muda tidak mampu? Selepas melihat persembaha­n malam ini, saya sangat puas,” kata Tiara yang pernah dua kali menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia.

Jalan cerita, aspek teknikal hebat

Pujian wajar diberikan kepada pelakon utamanya iaitu Iedil Putra, Luqman Hafidz Ali dan Brian Chan kerana memberikan komitmen paling maksimum dalam menghidupk­an watak masingmasi­ng. Terbit perasaan kagum melihat keupayaan Iedil membawakan watak Rah man.

Bukan mudah untuk berlakon, menyanyi dan pada masa sama, menari kerana ia memerlukan kekuatan stamina yang luar biasa. Pelakon tinggi lampai itu berjaya menggalas tanggungja­wab itu dengan begitu berkesan.

Kata Tiara, sudah menjadi prinsip Enfiniti untuk menyajikan pementasan berkualiti, meskipun ia mengerah kos yang tinggi. Mengakui bajet untuk pementasan itu adalah yang tertinggi dikeluarka­nnya setakat ini, semua itu terbayar dengan persembaha­n jalan cerita dan aspek teknikal yang hebat.

Paling mempesonak­an adalah babak pemain dibawa menaiki helikopter. Walaupun sekadar visual di layar lebar, gabungan kesan khas dan kreativiti menggambar­kan pesawat itu seolaholah berada di atas pentas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian babak menarik dalam Ola Bola The Musical.
Sebahagian babak menarik dalam Ola Bola The Musical.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia