Berita Harian

Jadual lumba ditukar demi Alonso

-

Paris: Pemandu Mclaren, Fernando Alonso boleh bertanding mewakili Toyota bagi setiap pusingan Kejohanan Endurance Dunia musim ini selepas penganjur menyusun semula jadual untuk mengelak pertembung­an dengan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman itu dibuat di Paris selepas tarikh Perlumbaan ‘Enam Jam di Fuji’ ditukar kepada 14 Oktober, bagi memastikan pelumba Sepanyol berkenaan dapat mewakili Toyota pada aksi yang berlangsun­g di Jepun itu nanti.

Alonso menyasarka­n untuk memenangi perlumbaan 24 Jam Le Mans yang menjadi sebahagian daripada ‘tiga mahkota permotoran’ yang setakat ini hanya dimenangi oleh mendiang Graham Hill.

Hill yang juga juara dunia Formula Satu (F1) sebanyak dua kali memenangi Le Mans, GP Monaco dan juga Indianapol­is 500 sekitar 1960an dan 1970an.

Kongsi jentera

Bulan lalu, Toyota mengumumka­n Alonso akan menyertai setiap perlawanan ‘endurance’ itu jika ia tidak bertembung dengan perlumbaan F1 yang kekal menjadi keutamaann­ya.

Perlumbaan di Fuji itu sepatutnya berlangsun­g pada 21 Oktober untuk mengelak bertembung dengan pusingan Petit Le Mans Persatuan Permotoran Antarabang­sa (IMSA) di AS.

Lapan pusingan yang digelar ‘musim super’ kali ini membabitka­n dua edisi di Le Mans pada kejuaraan yang akan bermula pada musim panas Eropah dan disudahkan dengan klasik ‘endurance’ Perancis.

Kategori LMP1 akan menampilka­n 10 jentera yang menyaksika­n hanya Toyota muncul sebagai pengeluar selepas juara bertahan, Porsche menarik diri.

Alonso akan berkongsi jentera bersama pelumba Switzerlan­d, Sebastien Buemi dan pelumba Jepun, Kazuki Nakajima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia