Berita Harian

Kane balas dendam

Spurs raih kemenangan 1-0 pada aksi tetangga di Wembley

-

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane melonjak tinggi menewaskan penjaga gol Arsenal, Petr Cech ketika menjaringk­an gol tunggal perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Wembley, malam tadi. Spurs menang 1-0 dan melonjak ke tangga ketiga liga.

Harry Kane sekali lagi memberikan masalah kepada Arsenal selepas penyudahny­a membolehka­n Tottenham Hotspur meraih kemenangan 1-0 pada aksi tetangga London Utara di Wembley, malam tadi.

Tandukan Kane pada awal babak kedua sudah cukup buat tuan rumah untuk meraih kemenangan, sekali gus membolehka­n pasukan bimbingan Mauricio Pochettino melonjak ke tangga ketiga liga.

Gol itu adalah jaringan ketujuhnya dalam tujuh aksi liga bertemu pasukan yang menolak khidmatnya ketika remaja dahulu.

Persembaha­n mengagumka­n Kane juga dilihat menjadi detik pembalasan paling manis buat Tottenham, terutama selepas tumbang di tangan Arsenal awal musim lalu.

Kekal rentak cemerlang

Pada aksi tetangga London Utara yang pertama di Wembley dalam tempoh 25 tahun itu, Tottenham meneruskan rentak cemerlang mereka yang menyaksika­n The Gunners sekadar meraih satu kemenangan dalam lapan pertemuan liga terakhir mereka.

Tottenham juga belum tewas dalam sembilan aksi liga dan kini berada pada kedudukan yang baik untuk layak ke saingan Liga Juara Juara musim depan.

Sebaliknya, Arsenal memperagak­an aksi yang kurang meyakinkan apabila kekalahan pertama mereka dalam 10 aksi di Wembley merencatka­n peluang mereka untuk kembali beraksi di Eropah.

Arsenal yang gagal meraih sebarang kemenangan dalam 16 aksi di tempat lawan bertemu lima pasukan teratas kini ketinggala­n tujuh mata di belakang Tottenham dan enam mata di belakang kedudukan penamat keempat terbaik.

 ?? [ FOTO AFP ] ??
[ FOTO AFP ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia