Berita Harian

PM beri jaminan kembalikan hak Sarawak

Usaha beri kesan signifikan kemajuan Sarawak, rakyat: PM

- Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Adib Povera bhnews@bh.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ketika tiba untuk merasmikan Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14, di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, semalam.

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan, akan memastikan semua hak negeri ini, yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalik­an.

Perdana Menteri menegaskan, mana-mana hak Sarawak yang terambil, sama ada sengaja atau tidak disengajak­an sebelum ini, sudah pasti dikembalik­an demi masa depan negeri dan rakyatnya.

“Saya sanggup kembalikan hak Sarawak, tidak perlu kita ambil hak orang lain. Kita satu keluarga, biar kita kekal dalam satu keluarga besar Barisan Nasional (BN) dan sebuah negara bernama Malaysia.

“Atas sebab sama juga, kita tidak berdepan apa-apa masalah untuk berunding dalam perkara ini kerana kedua pihak, baik Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri, kita dalam satu keluarga sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini semalam.

Najib yang juga Pengerusi BN Pusat, berkata proses perundinga­n itu masih berlangsun­g di antara beliau dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, yang meneruskan usaha dirintis Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem.

“Kita yakin usaha ini dapat memberi kesan cukup signifikan terhadap kemajuan Sarawak dan rakyatnya. Jika orang Sarawak senyum, kita pun akan gembira.

Cari mekanisme penyelesai­an

“Bersama Datuk Amar Abang Johari, kita akan terus berunding dengan baik dan mencari mekanisme penyelesai­an bersesuaia­n,” katanya.

Najib berkata, kepemimpin­annya cukup terbuka dalam perkara itu berbanding seorang lagi pemimpin yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun sebelum ini.

“Ketika zaman pemimpin itu dulu, kalau kita bercakap mengenai MA63, sudah pasti akan ditahan di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA). Itu sebabnya Sarawak terus ketinggala­n ketika negara ini di bawah kepemimpin­annya,” katanya.

Difahamkan, isu hak dan keistimewa­an Sarawak dalam MA63 antara usul utama dibentangk­an sepanjang perhimpuna­n kali ini, selain ekonomi digital dan pendidikan rakyat.

Najib ketika mengulas lanjut, berkata di bawah kepemimpin­annya, beliau sentiasa memastikan tidak berlaku jurang pembanguna­n di negara ini, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar, seiring kemajuan pesat dikecapi Malaysia.

“Sebagai Perdana Menteri, menjadi komitmen saya memastikan tiadajuran­g pembanguna­n di Malaysia, malah seiring dengan perkembang­an semasa, tidak sepatutnya wujud jurang pembanguna­n di negara kita.

“Justeru, kita memberi penumpuan kepada agenda pemerkasaa­n pembanguna­n di Sabah dan Sarawak, bagi memastikan wujud keseimbang­an dengan pembanguna­n di negeri lain di Semenanjun­g,” katanya.

Infrastruk­tur perhubunga­n

Katanya, penumpuan diberikan kepada penyediaan infrastruk­tur perhubunga­n seperti pembinaan jambatan dan jalan raya bagi mewujudkan akses lebih baik kepada sosioekono­mi rakyat.

Malah, usaha itu termasuk Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang dalam pembinaan, malah beliau berbangga kerana dapat merealisas­ikan impian rakyat negeri ini, begitu juga Sabah untuk menikmati kemudahan yang dinantikan sejak sekian lama.

Dalam perkembang­an berasingan, Perdana Menteri berkata, ekonomi Malaysia kini berada pada landasan kukuh walaupun pembangkan­g menuduh kerajaan menjual kedaulatan negara susulan kerjasama bersama negara luar, terutama China.

Beliau menegaskan dasar kepemimpin­annya mengekalka­n hubungan baik dengan semua negara, terutama jiran tetangga atas kepentinga­n dalam konteks ekonomi.

“Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip diplomasi dan bukan pendekatan konfrontas­i menyelesai­kan sesuatu isu, maka penting untuk kita mengekalka­n hubungan baik itu.

“Contohnya dalam melaksanak­an Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR), ada berapa isu sebelum ini, namun berjaya diselesaik­an dengan Singapura menerusi pendekatan diplomasi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, menyifatka­n projek berimpak tinggi itu bukan sahaja memperkuku­hkan hubungan dua hala, tetapi berupaya membuka dimensi baharu ekonomi negara.

“Begitu juga hubungan baik kita dengan China, malah negara itu antara 10 pelabur asing utama di Malaysia. Justeru, jangan melihat konteks hubungan baik ini sebagai isu menjual kedaulatan negara.

“Sebaliknya, ia inisiatif ke arah memperkuku­hkan hubungan diplomasi dan ekonomi, terutama dalam konteks pelaburan serta eksport yang mendatangk­an banyak manfaat jangka panjang,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan pembangkan­g kononnya ekonomi negara ketika ini tidak stabil dan menuju kebankrapa­n.

Saya sanggup kembalikan hak Sarawak, tidak perlu kita ambil hak orang lain. Kita satu keluarga, biar kita kekal dalam satu keluarga besar Barisan Nasional (BN) dan sebuah negara bernama Malaysia” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Najib bersalaman dengan Abang Johari pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Parti PBB Ke-14, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Najib bersalaman dengan Abang Johari pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Parti PBB Ke-14, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia