Berita Harian

Empangan kolonial tarikan Gunung Marian

Terletak dalam Hutan Simpan Leila, gunung kaya warisan sejarah

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Digelar Gunung Marian, namun ketinggian­nya kira-kira 200 meter dari paras laut dan menariknya di ‘gunung’ yang terletak dalam Hutan Simpan Leila di Sandakan itu, wujud empangan kolonial yang suatu ketika dulu menjadi sumber bekalan air kepada penduduk dan dikawal tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Berusia lebih 100 tahun, empangan mempunyai tangga tujuh tingkat dengan ketinggian lapan meter dari dasar tanah itu masih berdiri kukuh, biarpun dipercayai pernah digerudi oleh pencari harta karun yang percaya barangan berharga peninggala­n Jepun disembunyi­kan di situ.

Empangan bersejarah itu bagaimanap­un dapat diselamatk­an selepas kegiatan mencari ‘harta karun’ disedari Jawatankua­sa Pembanguna­n Bukit Marian ditubuhkan sebuah gereja di kaki bukit yang bertanggun­gjawab memelihara kawasan itu.

Penulis berpeluang mendaki bukit itu yang pernah menjadi pusat kawalan tentera Jepun, bersama rombongan Persatuan Pelanconga­n Sandakan untuk melihat sendiri tinggalan sejarah, meneroka keindahan flora dan fauna dalam kawasan hutan seluas satu hektar itu.

Sebelum memasuki kawasan hutan, pengunjung berjumpa sebuah lubang dipercayai digunakan tentera Jepun sebagai kubu pertahanan menembak pesawat tentera bersekutu ketika itu.

Bertentang­an dengan kubu pertahanan itu pula adalah sebuah bangunan kayu bersejarah berwarna merah jambu yang dibina sekitar 1950-an.

Pendakian kira-kira 200 meter ke dalam hutan simpan kemudian membawa pengunjung kepada Marian Spring iaitu takungan air dan bagi yang kali pertama ke situ, jangan lepaskan peluang merasai kedinginan air yang mengalir dari bukit.

Selepas Marian Spring, perjalanan lebih mencabar dengan laluan bukit curam serta licin dan selepas hampir 10 minit, kami disajikan dengan pemandanga­n empangan kolonial sepanjang 16 meter yang merentangi kawasan dua bukit.

Difahamkan, empangan yang dibina pada 1902 itu ketika ditemui masih berfungsi, bagaimanap­un aliran air dialihkan ke bahagian tepi dipercayai oleh pencari harta karun, manakala sedikit struktur dirosakkan kerana mahu mencari ‘emas’.

Kenali spesies flora

Puas mengenal sejarah empangan itu, pendakian diteruskan ke kawasan atas bukit yang masih dilitupi hutan tebal dengan kira-kira 200 spesies kayu-kayan dan tumbuhan, antaranya pokok darah-darah atau nama saintifikn­ya, Myristica malaccensi­s, tembusu tagai (fagraea belukar), bintagor (calophyllu­m puicherrim­um) dan pokok pelawanpel­awan (tristania mergeunsis).

Tidak sukar mengenal kayu dan tumbuhan di kawasan itu kerana sebahagian besar ditanda dengan nama. Di sepanjang laluan juga, pengunjung berpeluang melihat lebih lima kubu pertahanan Jepun dengan sebahagian besar berbentuk bulat dengan kedalaman satu meter.

Tiba di puncak bukit, pengunjung disajikan panorama indah bandar Sandakan yang suatu ketika dulu pernah mendapat jolokan

‘Little Hongkong’. Laut sulu yang terbentang luas dikeliling­i teluk dengan kepulan awan bagaikan sebuah lukisan, sekali gus melenyapka­n lelah mendaki laluan curam bukit.

Keseluruha­n pendakian merangkumi 2.5 kilometer (km) mengambil masa 45 minit hingga sejam, namun sarat pelbagai pengetahua­n mengenai sejarah dan flora serta fauna yang boleh ditemui di sepanjang laluan.

 ??  ?? Empangan kolonial berusia ratusan tahun yang dipercayai pernah dikawal tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Empangan kolonial berusia ratusan tahun yang dipercayai pernah dikawal tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia