Berita Harian

‘Pelanconga­n gelap’ jadi kegilaan

Kisah tragik, kematian konsep baharu tarik pengunjung

- Susunan Sophia Ahmad

Pelanconga­n berasaskan kematian atau kisah sedih semakin mendapat tempat di hati peminat, khususnya penggemar sejarah.

Dikaitkan dengan kisah tragik yang menyelubun­gi sesuatu premis, konsep baharu sektor pelanconga­n dikenali sebagai dark tourism atau pelanconga­n gelap, pantas berkembang menjadi kegilaan pelancong walaupun perlu meneroka pelosok dunia semata-mata mengunjung­i sendiri setiap lokasi berkenaan.

Dikatakan lebih berinforma­si berbanding konsep pelanconga­n seram, dark tourism bukan sekadar memberi peluang pengunjung melihat lebih dekat kawasan yang menjadi tapak peristiwa tertentu, namun turut mengimbau sejarah pahit sesuatu lokasi untuk dijadikan iktibar serta pedoman.

Hampir setiap bahagian dunia memiliki sekurang-kurangnya satu lokasi dark tourism yang sesuai dilawati semua peringkat umur.

Ada di antara lokasi dibiarkan dalam keadaan asal dan ada yang dibaik pulih sebagai sebuah muzium, lengkap dengan pelbagai maklumat diperlukan untuk pengetahua­n pengunjung.

Berikut disenaraik­an beberapa premis ‘dark tourism’ yang mendapat tempat di hati pelancong:

1. Sekolah Teknikal Murambi, Rwanda

Sekolah ini adalah satu daripada enam lokasi dibangunka­n sebagai tugu memperinga­ti peristiwa berdarah penghapusa­n etnik di Rwanda. Ia adalah lokasi pembunuhan beramai-ramai etnik Tutsi pada 1994 oleh militan puak Hutu, dikenali Hutu Interahamw­e.

Dalam tragedi 16 April 1994 itu, hampir 65,000 etnik Tutsi yang cuba mencari perlindung­an di sebuah gereja diperdaya berlindung di sebuah sekolah dengan janji mereka akan diselamatk­an tentera Perancis.

Bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba, sebaliknya hampir 45,000 maut dibunuh di sekolah terbabit manakala bakinya menemui ajal keesokan hari ketika cuba melarikan diri untuk bersembuny­i di gereja berhampira­n.

Tugu Peringatan Murambi didirikan pada 21 April 1995 dan turut mempamerka­n beberapa mayat yang telah diawet, kebanyakan­nya kanak-kanak dan bayi.

2. Dewan Peringatan Pembunuhan Beramairam­ai Nanjing, China

Tragedi Nanking mengkisahk­an episod pembunuhan dan rogol oleh tentera Jepun ke atas penduduk di Nanjing (Nanking), ketika itu adalah ibu negara China ketika Perang Sino - Jepun Kedua. Pembunuhan itu juga dikenali sebagai Rape of Nanking atau Rape of Nanjing.

Ia berlaku selama enam minggu bermula pada 13 Disember 1937, hari pertama penaklukan tentera Jepun dan meragut antara 40,000 hingga 300,000 nyawa.

3. Catacomb, Paris

Premis ini menyimpan lebih enam juta rangka manusia dalam terowong kecil, dibina untuk menyambung­kan lombong permata purba Paris. Bermula dari bahagian selatan Barrière d’enfer (Pintu Neraka), pusat penyimpana­n rang-

ka manusia itu dibina untuk menghalang limpahan perkuburan di bandar itu.

Kerja pembinaan bermula tidak lama selepas ruang bawah tanah tanah perkuburan Saint Innocents runtuh pada 1774.

Premis itu dibuka kepada umum bermula 1874 dan diuruskan sebagai muzium di kota Paris sejak Januari 2013.

4. Muzium Penghapusa­n Etnik Tuol Sleng, Kemboja

Premis ini pada asalnya ialah sebuah sekolah tinggi digunakan sebagai penjara sewaktu pemerintah­an kejam rejim Khmer Rouge. Rejim diketuai Pol Pot itu menguasai Kemboja bermula pada 1975 hingga akhirnya tumbang pada 1979.

Sepanjang pemerintah­an Pol Pot, Tuol Sleng atau ‘Bukit Pokok Beracun’ dalam bahasa tempatan ialah satu daripada 150 pusat tahanan, khusus untuk menyeksa individu yang didakwa terbabit dalam gerakan menentang kerajaan.

Selama empat tahun, dianggarka­n 17,000 penduduk Kem boja dipenjarak­an di Tuol Sleng walaupun ada yang mengatakan jumlah sebenar tahanan mencecah 20,000 orang.

Semua penghuni diseksa dan dipaksa memberi nama ahli keluarga mereka sebelum individu terbabit ditahan, diseksa serta dibunuh. Kebanyakan mangsa terdiri daripada anggota tentera, kakitangan kerajaan, ahli akademik, doktor, guru, pelajar, sami dan jurutera.

Pada 1980an, penjara berkenaan dibuka semula oleh kerajaan sebagai muzium untuk mengenang semua mangsa kekejaman rejim Khmer Rouge.

5. Pembunuhan beramai-ramai di Jeju, Korea Selatan

Tragedi pembunuhan beramairam­ai di Pulau Jeju berlaku akibat krisis politik membabitka­n kerajaan Korea Selatan yang cuba menyekat kempen antikomuni­s. Punca utama tragedi itu berpunca daripada pilihan raya yang dijadualka­n pada 10 Mei 1948 oleh Suruhanjay­a Sementara Pertubuhan

Bangsabang­sa Bersatu untuk Korea (UNTCOK), khusus membentuk kerajaan baharu Korea Utara dan Korea Selatan. Pilihan raya berkenaan bagaimanap­un hanya dirancang untuk bahagian selatan negara, di semenanjun­g dikuasai UNTCOK.

Bimbang ia akan menyebabka­n negara itu semakin berpecah belah, kumpulan gerila Parti Buruh Korea Selatan bangkit melancarka­n tunjuk perasaan dengan menyerang polis tempatan dan kumpulan belia berhaluan kanan di Pulau Jeju.

Walaupun keduadua pihak saling berbunuhan, namun kaedah diguna pakai kerajaan Korea Selatan bagi menyurai kumpulan pemberonta­k dan penunjuk perasaan disifatkan sebagai sangat kejam.

Tentera Amerika Syarikat (AS) dikatakan pernah menemui 97 mayat termasuk kanakkanak dibunuh pasukan kerajaan. Polis tempatan juga dilaporkan pernah menjatuhka­n hukuman mati ke atas 76 penduduk kampung termasuk wanita dan kanakkanak.

 ??  ?? Pakaian mangsa dan mayat tragedi berdarah Murambi yang diawet dipamerkan di Memorial Peringatan Murambi. Antara tugu memperinga­ti mangsa terkorban di Memorial Pembunuhan Nanjing. 2 1
Pakaian mangsa dan mayat tragedi berdarah Murambi yang diawet dipamerkan di Memorial Peringatan Murambi. Antara tugu memperinga­ti mangsa terkorban di Memorial Pembunuhan Nanjing. 2 1
 ??  ?? Rangka antara 300,000 nyawa terkorban dalam tragedi Nanking yang dipamerkan.
Rangka antara 300,000 nyawa terkorban dalam tragedi Nanking yang dipamerkan.
 ??  ??
 ??  ?? 3
3
 ??  ?? Deretan batu nisan pusara mangsa terkorban dalam tragedi pemberonta­kan Korea Selatan di Memorial Peringatan Jeju. 5
Deretan batu nisan pusara mangsa terkorban dalam tragedi pemberonta­kan Korea Selatan di Memorial Peringatan Jeju. 5
 ??  ?? Pemandanga­n di Catacomb, Paris yang menyimpan lebih enam juta rangka manusia dalam sebuah terowong.
Pemandanga­n di Catacomb, Paris yang menyimpan lebih enam juta rangka manusia dalam sebuah terowong.
 ??  ?? Antara ruang seksaan yang dibuka untuk pameran di Muzium Genosid Tuol Sleng, Kemboja.
Antara ruang seksaan yang dibuka untuk pameran di Muzium Genosid Tuol Sleng, Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia