Berita Harian

Kate Middleton pekaisu kesempurna­an

Pendandan rambut dedah rahsia, petua isteri pewaris takhta Britain

-

Isteri pewaris takhta Britain, Kate Middleton diketahui sentiasa kelihatan sempurna setiap kali tampil dalam khalayak ramai, terutama ketika mengadakan kunjungan rasmi ke luar negara.

Antara perkara yang diambil berat oleh Duchess Of Cambridge itu ialah gaya rambutnya.

Baru-baru ini, pendandan rambut peribadiny­a, Amanda Cook Tucker memuat naik senarai peralatan yang perlu dibawa ketika menyertai lawatan pasangan diraja itu ke Sweden.

Mesej itu menjadi tular di media sosial, terutama dalam kalangan blog gaya diraja sehingga memaksa Tucker menutup akaun Instagram miliknya.

Tucker turut memuat naik gambar produk yang sering diguna ketika mendandan rambut Middleton, namun, sebahagian besar produk itu bernilai kurang daripada RM44 setiap satu.

Menurut Tucker, antara peralatan yang perlu dibawa ialah 13 berus rambut, sikat (enam), pengering rambut (dua) dan produk rambut (tujuh).

Pendandan rambut itu berkata, semua peralatan itu perlu bagi memastikan penampilan Duchess of Cambridge sentiasa berada dalam keadaan sempurna.

Terlalu panjang

Sebelum ini, media tempatan melaporkan mengenai keputusan Middleton untuk mendermaka­n rambutnya sepanjang tujuh inci kepada pertubuhan kebajikan kanak-kanak kanser, tahun lalu.

Pertubuhan kebajikan Little Princess Trust dilapor menghasilk­an rambut palsu bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kehilangan rambut akibat pelbagai penyakit.

Difahamkan, idea untuk membuat sumbangan itu timbul daripada Middleton sendiri, ketika rambutnya digunting oleh Joey Wheeler di Istana Kensington.

Akhbar tabloid The Sunday Express yang memetik sumber diraja melaporkan: “Empat bulan lalu, Joey memujuk Kate dengan mengatakan bahawa sudah tiba masa untuk beliau memotong rambutnya kerana ia sudah terlalu panjang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia