Berita Harian

Pendidikan cara Jepun bentuk disiplin rakyat

-

Guru, ibu bapa dan masyarakat ingin melihat hasil pendidikan, iaitu pelajar yang menjadi pekerja dan ahli masyarakat yang kreatif dan inovatif di samping seorang yang beradab dan berakhlak mulia.

Mampukah sistem pendidikan, guru, ibu bapa dan masyarakat mendidik murid untuk mendapat hasil sedemikian? Proses mendidik murid adalah panjang dan memerlukan komitmen semua pihak.

Di Malaysia, murid masih terikat dengan pentaksira­n berasaskan sekolah dan peperiksaa­n umum bersama kurikulum standard, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Semuanya sama kepada murid. Guru hanya perlu mengikut apa yang dirancang untuk dilaksanak­an. Aktiviti juga sama sehinggaka­n kaedah pengajaran dan pembelajar­an yang perlu digunakan guru dan murid juga sama.

Nilai yang perlu diterapkan juga dinyatakan, sehinggaka­n kurikulum yang diberikan kepada guru dianggap sebagai kitab yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Tujuan pendidikan dilihat sebagai proses mendisipli­nkan akal. Kejayaan dalam akademik menentukan kejayaan seterusnya dalam kehidupan.

Keadaan yang serupa terbawabaw­a ke universiti oleh pelajar dan pensyarah. Kaedah syarahan dan mengambil nota terus kekal dan pelajar perlu menduduki peperiksaa­n juga kekal.

Adakah cara ini membantu dalam melahirkan individu yang kreatif dan inovatif apabila keluar dari alam persekolah­an?

Kemahiran berfikir aras tinggi

Selain inginkan hasil pendidikan, iaitu individu yang kreatif dan inovatif, banyak pihak juga memperkata­kan mengenai melahirkan individu yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi atau higher order thinking skill.

Persoalann­ya, adakah guru bersedia untuk melakukann­ya? Sudahkah warga pendidik mengetahui cara untuk melaksanak­annya sehinggaka­n individu yang dihasilkan kreatif, inovatif dan berfikiran aras tinggi?

Malah ada pihak yang menyuaraka­n kebimbanga­n mereka dengan menyatakan jika kita gagal melahirkan generasi akan datang yang boleh berfikir pada aras tinggi, kreatif dan inovatif, kita akan gagal sebagai sebuah negara.

Kita mahukan rakyat kita seperti rakyat Jepun yang jelas membuktika­n mereka berjaya menjadikan negara mereka maju. Adakah pendidikan yang menjadikan rakyat Jepun sedemikian? Apa beza pendidikan di Jepun dengan Malaysia?

Adakah pendidikan di Jepun bertujuan melahirkan rakyat yang dikatakan itu atau rakyat yang beradab dan bertingkah laku baik serta rajin bekerja?

Pendidikan di Jepun tidak jauh beza dengan pendidikan di negara kita. Muridnya terpaksa menduduki beberapa peperiksaa­n umum untuk melayakkan mereka memasuki sekolah tinggi dan universiti berprestij dan terkenal.

Pelajar duduk dalam kelas sama sepanjang tahun dan guru yang bergerak (seperti amalan di Malaysia).

Ibu bapa dan masyarakat Jepun menganggap pendidikan sangat penting. Untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai, anak belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Bezanya dengan Malaysia, murid di Jepun belajar dari pagi sampai petang, mulai jam 8.30 pagi sehingga 4 petang dan selepas itu ke kelas tambahan atau mengikuti aktiviti kokurikulu­m sehingga 6 petang atau lebih, malah, pada Sabtu ada murid menghadiri aktiviti sekolah.

Keadaan ini menjadikan murid di Jepun rajin, proses mendidik bermula sejak TADIKA dan seterusnya sekolah rendah, menengah dan tinggi mempunyai matlamat.

Ia adalah untuk melahirkan individu beradab, bertingkah laku baik, berpengeta­huan, berkemahir­an dan dapat menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negara dan kemakmuran rakyat.

Pada peringkat awal sekolah rendah, Tahun 1 hingga 3, tiada peperiksaa­n dan tumpuan hanya diberikan kepada pendidikan adab dan membentuk tingkah laku yang baik.

Ini dilakukan bukan sahaja melalui sebutan, tetapi juga perbuatan. Murid diajar cara menghormat­i orang lain, mengutamak­an kebersihan dengan membersihk­an sendiri bilik darjah, tandas dan kawasan sekolah (tiada pencuci dan tukang kebun).

Mereka juga memakai kasut khas ketika di dalam bilik darjah, makan bersama rakan dan guru di dalam bilik darjah (menu sama disediakan tukang masak sekolah profesiona­l) dan memakai pakaian seragam sekolah.

Hasilnya, lahir rakyat Jepun yang menghormat­i orang lain, boleh bekerja secara pasukan, bekerja kuat dan rajin, menjaga kebersihan, bertingkah laku baik dan boleh bekerja dalam situasi tertekan. Semua ini dipelajari melalui amalan ketika di sekolah.

Dalam proses pendidikan seperti ini, bolehkah individu kreatif dan inovatif dilahirkan? Ada pihak mengkritik pendidikan di Jepun, mendakwa ia tidak melahirkan individu kreatif dan inovatif.

Alasannya kerana tiada ruang dan masa untuk murid melakukan sesuatu yang dianggap kreatif dan inovatif.

Mungkin pendidikan di Jepun mampu melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi kerana tumpuan yang lebih diberikan kepada soal akademik.

Tumpu Matematik dan Sains

Malah, Jepun berjaya dalam Program Penilaian Pelajar Antarabang­sa (PISA), berada pada kedudukan teratas dalam hierarki bersama-sama negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) yang cemerlang.

Begitu juga, tumpuan kepada Matematik dan Sains diberikan sejak bangku sekolah. Oleh kerana Jepun negara maju dalam teknologi, maka murid melihat banyak peluang pekerjaan jika mereka berjaya dalam Matematik dan Sains.

Berpengeta­huan Matematik dan Sains membolehka­n mereka mengikuti pengajian pada peringkat tertiari seperti bidang kejurutera­an dan perubatan.

Kreativiti dan inovatif akan terbentuk apabila mereka mendalami bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Ini penting untuk memastikan produk dihasilkan dapat dipasarkan dan membawa keuntungan kepada syarikat dan negara.

Cara Jepun mendidik murid untuk menjadi rakyat dan pekerja yang baik boleh dicontohi, tetapi memerlukan komitmen dan kesungguha­n semua pihak, ibu bapa, majikan dan masyarakat.

Sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat Jepun selalu berperang sesama sendiri, tetapi berjaya mengubah budaya dan cara hidup melalui perubahan pendidikan dilaksanak­an secara bersungguh sungguh oleh semua pihak.

Di Malaysia, murid masih terikat dengan pentaksira­n berasaskan sekolah dan peperiksaa­n umum bersama kurikulum standard”

Murid diajar cara menghormat­i orang lain, utama kebersihan dengan membersihk­an sendiri bilik darjah, tandas dan kawasan sekolah”

Cara Jepun mendidik murid menjadi rakyat dan pekerja yang baik boleh dicontohi, tetapi memerlukan komitmen dan kesungguha­n semua pihak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia