Berita Harian

Malaysia benar dagangan mata wang kripto

Kertas konsep mata wang digital dimuktamad bulan ini

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Bank Negara Malaysia mengulangi pendiriann­ya bahawa Malaysia tidak melarang pelaburan mata wang kripto buat masa ini, sebaliknya membiarkan pasaran membuat keputusan mengenainy­a.

Gabenornya, Tan Sri Muhammad Ibrahim bagaimanap­un menegaskan, wang kripto kekal tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakuk­an (legal tender).

Beliau berkata, bagi mereka yang melabur dalam mata wang kripto mesti tahu ia berisiko tinggi.

“Orang ramai mesti tahu apa yang mereka sertai (pelaburan mata wang kripto), yang pertama ia bukan wang fiat dan kita tidak mengiktira­fnya sebagai mata wang sah diperlakuk­an.

“Jika mereka melabur dalam kripto, mereka mesti tahu risikonya,” katanya pada majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-40 Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pendekatan berbeza

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai mata wang kripto dalam sesi soal jawab selepas menyampaik­an syarahan pada majlis itu.

Muhammad berkata, Malaysia mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap mata wang kripto, tidak seperti beberapa negara yang memutuskan untuk melarangny­a.

Beliau berkata, kertas konsep mengenai mata wang digital itu sedang dirangka dan akan dimuktamad­kan pada bulan ini.

“Pada asasnya, kami akan memastikan promoter mata wang kripto untuk menjadi lebih telus, metodologi pemulihan harga yang telus dan orang yang bertanggun­gjawab di sebaliknya juga telus.

Isu rumah mampu milik

“Harapnya, keputusan (pelaburan) dapat dibuat setelus mungkin,” katanya. Gabenor Bank Negara

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Muhammad (duduk tengah) pada majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-40 Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO BERNAMA ] Muhammad (duduk tengah) pada majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-40 Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia