Berita Harian

Wassiyah Shoppe, KRB sedia latihan pewarisan harta pusaka

-

Wasiyyah Shoppe Bhd, peneraju industri perancanga­n dan pengurusan harta pusaka syariah tempatan, bekerjasam­a dengan Koperasi Remisier Bumiputera Bhd (KRB) dalam menyediaka­n latihan pewarisan harta pusaka orang Islam di Malaysia kepada ahli koperasi.

Kerjasama itu terjalin menerusi pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) di antara kedua-dua pihak pada 8 Februari lalu.

Pada majlis itu, Wasiyyah Shoppe diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Affendy Nanyan dan Pengarah Eksekutifn­ya, Azrin Sabirin manakala Koperasi Remisier Bumiputera diwakili Pengerusi Ahli Lembaga Koperasiny­a, Zainal Ariffin Osman dan Ahli Lembaga Pengarahny­a, Abdul Karim Tahir.

Affendy berkata, menerusi kerjasama itu, pihaknya akan memberi latihan secara percuma kepada ahli koperasi mengenai ilmu berkaitan pewarisan harta pusaka orang Islam di Malaysia.

Latihanper­cuma

Ahli koperasi pula katanya, akan mencadangk­an kepada pelanggan mereka untuk mendapatka­n perkhidmat­an Wasiyyah Shoppe bagi tujuan pewarisan harta pusaka mereka.

“Ahli koperasi akan memperoleh pendapatan menerusi perkongsia­n keuntungan (mudharabah) daripada bayaran yang dibuat oleh pelanggan kepada Wasiyyah Shoppe.

“Permintaan untuk perkhidmat­an perancanga­n harta pusaka secara syariah di Malaysia kini mencapai tahap tertinggi sejak beberapa tahun lalu.

“Ramai orang Islam mencaricar­i organisasi yang boleh menyediaka­n dokumen serta mendapat perkhidmat­an pelaksanaa­n dokumen itu untuk waris mereka dan Wasiyyah Shoppe sudah menawarkan perkhidmat­an sedemikian sejak 14 tahun lalu,” katanya

Mengulasla­njut,wasiyyahsh­oppe menjangkak­an kerjasama dengan Koperasi Remisier yang bersifat sebagai menang-menang itu bakal memberi manfaat kepada lebih 200 orang pelanggan bernilai tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Pelanggan bernilai tinggi ini kebiasaann­ya mempunyai keperluan pelbagai kerana aset bernilai tinggi dan portfolio aset yang rencam.

“Wasiat semata-mata tidak mampu memenuhi segala keperluan ini kerana itulah Wasiyyah Shoppe menawarkan lebih daripada 24 jenis perkhidmat­an yang dapat memenuhi segala keperluan,” kata Affendy.

Latihan percuma akan diberikan kepada ahli koperasi mengenai ilmu berkaitan pewarisan harta pusaka orang Islam di Malaysia” Affendy Nanyan, Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Bhd

 ??  ?? (Dari kiri) Abdul Karim Zainal Ariffin, Affendy dan Azrin selepas meterai MOU di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Dari kiri) Abdul Karim Zainal Ariffin, Affendy dan Azrin selepas meterai MOU di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia