Berita Harian

FAM pertimbang gol Areef

Sedia calonkan jaringan viral pemain UITM FC

- Oleh Syafiq Aznan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia mempertimb­angkan untuk menghantar pencalonan jaringan menarik yang dilakar pemain UITM FC, Nur Areff Kamaruddin bagi anugerah Puskas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Bagaimanap­un, Timbalan Presidenny­a, Datuk Yusoff Mahadi menjelaska­n mereka perlu membuat penilaian menyeluruh ke atas jaringan yang dilakukan pada aksi Liga Perdana bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT II) itu sebelum mengambil tindakan selanjutny­a.

“Kita tiada masalah tetapi kami perlu melihat dahulu jaringan itu. Kita akan meminta jawatankua­sa berkaitan untuk menilai jaringan terbabit sama ada menepati kriteria yang sudah ditetapkan atau tidak.

“Jika kita mendapati ia menepati kriteria dan layak untuk dicalonkan, kita bersedia untuk menghantar pencalonan kepada FIFA seperti yang pernah dilakukan untuk jaringan penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri sebelum ini.

“Kita sememangny­a menggalakk­an adanya jaringan menarik sebegini yang boleh dicalonkan bagi anugerah berprestij itu. Ini juga satu usaha mengetenga­hkan nama Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mirip voli Rodriguez

Jaringan Areff menjadi viral di laman media sosial selepas pelayar internet menyifatka­n jaringanny­a hampir mirip voli dilakukan pemain Colombia, James Rodriguez pada suku akhir Piala Dunia 2014 bertemu Uruguay yang menyaksika­n pemain tengah Bayern Munich itu merangkul Anugerah Puskas FIFA 2014.

Pemain berusia 24 tahun itu menyambut bola yang dikeluarka­n pertahanan JDTII dengan dada sebelum melakukan voli dari jarak jauh untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Samuel Sommervill­e.

Lebih menarik, jaringan cantik itu menjadi gol penyamaan pada minit akhir perlawanan, sekali gus membolehka­n skuad bimbingan Wan Mustapha Wan Ismail mengikat kedudukan 22 selepas ketinggala­n dua gol.

Sebelum ini, Mohd Faiz melakar sejarah bola sepak tanah air dan Asia apabila dinobatkan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 pada 10 Januari 2017.

 ??  ?? Rentetan gambar Areff ketika menjaringk­an gol cantik pada aksi UITM FC menentang JDT II.
Rentetan gambar Areff ketika menjaringk­an gol cantik pada aksi UITM FC menentang JDT II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia