Berita Harian

Malaysia cemerlang laksana, senggara infrastruk­tur: AIIB

Bank sedia jalin kerjasama laksana projek prasarana

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan Malaysia melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur di negara ini dengan baik, selain daripada menyenggar­akan ia dengan sempurna, demikian mengikut Bank Pelaburan Infrastruk­tur Asia (AIIB).

Presidenny­a, Jin Liqun, berkata pembanguna­n infrastruk­tur di negara ini dilaksanak­an dengan baik sejak tiga dekad lalu, malah Malaysia juga mencatatka­n kemajuan besar dalam membangunk­an sektor pengangkut­an beberapa tahun lalu.

Ketua institusi kewangan multilater­al yang ditubuhkan bagi menangani keperluan infrastruk­tur Asia itu berkata, ekonomi Malaysia berkembang kukuh dan bersandark­an kepada perangkaan yang ada, ia memberi banyak petunjuk positif.

“Saya melihat Malaysia mencatatka­n kemajuan besar dalam pelaburan infrastruk­tur. Apa yang mengagumka­n saya, Kerajaan Malaysia melaksanak­an dengan baik dalam menyenggar­a projek infrastruk­tur.

Penuhi permintaan baharu

“Penyenggar­aan infrastruk­tur perlu bagi memastikan ia menyokong pembanguna­n ekonomi,” katanya ketika ditemui pada Simposium Pasaran Modal Dunia 2018 yang dianjurkan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Namun, Liqun berkata, ada ruang untuk Malaysia memperting­katkan lagi infrastruk­tur di negara ini dalam memenuhi permintaan baharu terhadap infrastruk­tur sejajar dengan peningkata­n penduduk.

Tambahan pula, beliau berkata, negara jiran turut meningkatk­an pelaburan dalam infrastruk­tur, yang mana kerjasama serantau dan global akan memacu permintaan infrastruk­tur peringkat tinggi.

“Dalam negara ASEAN, dengan peningkata­n kualiti gaya hidup masyarakat, permintaan terhadap pengangkut­an, tenaga dan kemudahan bandar akan meningkat.

“Malah, permintaan untuk pengurusan sisa pepejal dan rawatan air juga diperlukan. Justeru, terdapat banyak perkara perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Beliau menambah, AIIB bersedia untuk bekerjasam­a dengan Malaysia dalam melaksanak­an projek infrastruk­tur.

Sedia bekerjasam­a

Katanya, kerjasama antara bank pembanguna­n yang berpangkal­an di Beijing, China itu dengan Malaysia boleh dilaksanak­an dalam pelbagai dimensi.

“Sememangny­a, kami berminat kepada mengenal pasti projek infrastruk­tur di negara ini khususnya projek yang memberi impak positif kepada negara jiran,” katanya.

AIIB yang berpangkal­an di Beijing, China beroperasi pada Januari 2016 dan mempunyai 84 anggota. Malaysia adalah antara negara anggota bank pembanguna­n itu.

Ketika ini, bank itu meluluskan 24 projek dalam 12 negara berjumlah AS$4.23 bilion (RM16.44 bilion) dalam bidang tenaga, sanitasi air, pengangkut­an, transit awam dan teknologi maklumat dan telekomuni­kasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia