Berita Harian

Abang Johari berupaya pacu pemodenan Sarawak

Kepemimpin­an dinamik lonjak pembanguna­n, sosioekono­mi penduduk

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Berwawasan besar dan mempunyai idea futuristik, selain menaruh keyakinan tinggi terhadap potensi ‘Anak Sarawak’ membangunk­an negeri ini antara elemen kepemimpin­an dinamik dimiliki Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Malah, pelbagai dasar baharu diperkenal­kannya, sejurus mengambil alih jawatan sebagai kapten baharu ‘Tim Adenan’ susulan kematian Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem, terus meletakkan Sarawak di landasan kukuh dalam konteks pembanguna­n dan sosioekono­mi.

Timbalan Presiden II PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata dasar ekonomi digital diperkenal­kannya bukan bermula setahun lalu, bahkan sejak 20 tahun lalu apabila Abang Johari dipertangg­ungjawabka­n memantau ekonomi negeri.

Yakin potensi anak Sarawak

“Abang Jo (Johari) cukup berpengala­man luas. Diasuh sifunya, Tun Abdul Taib Mahmud, Abang Jo sangat memahami politik pembanguna­n dan ‘realiti sebenar’ seperti pernah diperjuang­kan Abdul Taib ketika beliau menjadi Ketua Menteri.

“Beliau juga seorang yang berkeyakin­an teguh terhadap potensi ‘Anak Sarawak’ dan mempunyai pendirian percaya apa sahaja orang luar mampu lakukan, kita juga mampu melakukann­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyokong usul Timbalan Presiden I PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang menyatakan sokongan padu kepada Abang Johari selaku Presiden PBB, dalam Perhimpuna­n Agung PBB Ke14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, pagi semalam.

Awang Tengah berkata, ketika Abang Johari menghadiri majlis bersama wakil media sempena 100 hari menjadi Ketua Menteri, barubaru ini, beliau enggan tunduk terhadap pandangan sinis yang mempersoal­kan kemam puan ‘Anak Sarawak’.

“Abang Jo menegaskan sekiranya orang putih pada zaman kolonial mampu membina landasan kereta api di Kuching, mengapa kita (rakyat Sarawak) tidak boleh membina Sistem Transit Aliran Ringan (LRT),” katanya.

Perjuang hak Sarawak

Selain menumpukan kepada pembanguna­n prasarana, Abang Johari mewakili PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak utuh memperjuan­gkan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), meneruskan ‘laluan’ dibuka oleh Adenan.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Timbalan Ketua Men teri, berkata dalam tempoh setahun sahaja, Abang Johari sudah melaksanak­an beberapa inisiatif berimpak tinggi dalam mengemudi pentadbira­n kerajaan negeri.

“Ia termasuk memperkena­lkan dasar ekonomi digital; menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA); mewujudkan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS); mendirikan Syarikat Petroleum Sarawak (Petros); melancarka­n aplikasi Sarawak Pay dan mengambil alih Empangan Hidroelekt­rik Bakun dari Kerajaan Pusat,” katanya.

Pemimpin dinamik

Katanya, dukungan semua ahli parti terhadap kepemimpin­an Abang Johari perlu diterjemah­kan tanpa berbelah bahagi kerana beliau sudah menampilka­n ciri sebagai pemimpin dinamik bagi melonjakka­n kemajuan Sarawak.

“Beliau memiliki wawasan mahu menjadikan Sarawak sebagai tempat lebih baik kepada kita. Beliau bukan individu yang cepat berputus asa, malah visinya cukup besar mahu melihat Sarawak berubah kepada status Sarawak Pintar merangkumi sosioekono­mi penduduk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia