Berita Harian

Kemudahan Trek joging Tamparuli ditambah

-

Tuaran: Trek joging konkrit sepanjang satu kilometer berhampira­n tebing Sungai Tuaran di Tamparuli di sini, akan ditambah beberapa lagi kemudahan riadah dan senaman untuk kegunaan pendudukny­a.

Trek dibina Pejabat Daerah Kecil Tamparuli melalui peruntukan Kerajaan Persekutua­n sebanyak RM100,000 itu akan ditambah dengan kemudahan tandas awam serta tempat rekreasi sebagai fasa pertama.

Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Celestinus Lawanding, berkata trek itu seharusnya memberi keselesaan kepada orang ramai beriadah, di samping menjaga kebersihan setempat.

“Kita juga merancang memasang lampu di sepanjang trek bagi membolehka­n orang awam beriadah pada waktu malam.

Sedia kemudahan bersenam

“Selain itu, kita akan menyediaka­n kemudahan bersenam bagi memudahkan pengguna melakukan aktiviti regangan otot,” katanya ketika ditemui pada pelancaran trek joging Tamparuli itu yang disempurna­kan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, di sini, semalam.

Sempena majlis itu, lebih 150 orang menyertai senamrobik dan joging, termasuk 17 kelab membabitka­n persatuan belia dan sukan.

Terdahulu, Jahid dalam ucapannya, berkata Tamparuli sepatutnya memperoleh kemudahan kompleks sukan, namun ketiadaan lokasi sesuai menyebabka­n pembinaann­ya dipindahka­n ke Tuaran.

Katanya, ia adalah antara insentif kerajaan bagi menyokong gaya hidup sihat, selain memberi kemudahan selesa kepada penduduk setempat.

“Saya harap kewujudan trek joging ini dimanfaatk­an sepenuhnya oleh orang ramai dengan melakukan apa pun aktiviti riadah serta kecergasan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia