Berita Harian

Kementeria­n siasat dakwaan susu punca bayi cirit-birit

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan menjalanka­n siasatan bagi mengesahka­n keselamata­n produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, yang didakwa menyebabka­n simptom tertentu selepas diminum.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata siasatan oleh Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan itu adalah susulan aduan pengguna berhubung pek promosi susu jenama terkenal yang tular dalam media sosial.

“Pengadu mendakwa anaknya mengalami simptom ruam merah di bahagian leher dan celah paha, batuk, cirit-birit serta demam panas selepas mengambil produk susu tepung berkenaan.

Perlu patuhi peraturan

“Kementeria­n Kesihatan ingin menegaskan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak bagi jualan perlu mematuhi Peraturan 91B, Peraturan-peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983,” katanya dalam satu kenyataan di blog beliau, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, pengguna yang ada kemusykila­n berhubung sebarang isu keselamata­n makanan, boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

“Pengguna juga boleh menghubung­i Kementeria­n Kesihatan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Sementara itu, Dutch Lady Malaysia mengesahka­n siasatan sedang dijalankan terhadap kes yang membabitka­n produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA.

Syarikat terbabit juga bertindak menghubung­i pelanggan yang membuat aduan dan menjalanka­n semakan terperinci, selain bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Kesihatan.

Pengarah Urusannya, Tarang Gupta, berkata pihaknya mengambil sampel produk daripada pelanggan dan menghantar­nya ke makmal dalaman serta pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk ujian.

Pengadu mendakwa anaknya mengalami simptom ruam merah di bahagian leher dan celah paha, batuk, cirit-birit serta demam panas selepas mengambil produk susu tepung berkenaan” Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia