Berita Harian

Bersyukur Bayang dapat ke final

-

Tiada istilah mengalah dalam kamus hidupnya, Khai menjadikan pemilihan Bayang ke pentas AJL 32 sebagai pembakar semangatny­a untuk tampil lebih baik pada masa depan.

Mengakui ada sedikit kelemahan dalam persembaha­n dengan konsep pontianak, namun dia menegaskan sudah pun memberikan yang terbaik pada malam itu.

“Saya anggap ia bukan rezeki dan apa pun, saya takkan mengalah. Kalau lagu saya terpilih lagi pada tahun depan, saya akan buat sehabis baik. Bagi saya, dapat ke final pun sudah cukup membuatkan saya bersyukur kerana tidak semua orang berpeluang berbuat begitu.

“Saya juga tidak kecewa Bayang tak diberikan sebarang trofi. Ramai lagi penyanyi lain yang bertanding, yang berada dalam situasi sama. Ia adat pertanding­an dan saya terima seadanya. Saya sudah lakukan yang terbaik dan setiap penilaian dibuat oleh juri profesiona­l,” katanya.

Namun, Khai masih boleh tersenyum apabila diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Pilihan Samsung, hasil undian peminat.

Tiada tekanan biarpun tewas

Tidak tertekan dengan kegagalan itu, sebaliknya penyanyi berusia 24 tahun ini sentiasa komited dengan karier seninya dan bersyukur kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokongn­ya sejak awal membabitka­n diri dalam bidang seni.

Mengakui harapan penyokong terhadapny­a terlalu tinggi, namun dia sudah memberikan segala yang termampu pada penampilan sulungnya di pentas AJL.

“Rezeki ada di mana-mana dan saya percaya kepada kata-kata itu. Kalau bukan di sini, mungkin rezeki saya di tempat lain. Paling penting, kita sudah berusaha untuk menempatka­n diri dalam pertanding­an ini. Apapun, saya sangat berpuas hati walaupun tidak menang.

“Memang tak dinafikan saya berada dalam kategori artis popular berbanding terbaik, sebab saya lebih kepada undian peminat. Dalam usia yang masih dikira baharu, mungkin belum masanya untuk saya berada pada peringkat terbaik.

“Banyak lagi yang perlu saya belajar untuk mengikut jejak penyanyi berpengala­man. Dengan adanya penyokong yang banyak memberikan peluang kepada saya, inilah masanya untuk saya kembangkan lagi bakat,” katanya sambil mengharapk­an single baharunya, Luluh, mampu menempah tiket ke AJL 33.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia