Berita Harian

Guardiola kendali skuad paling mahal

-

Paris: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memiliki skuad paling mahal dalam sejarah, menurut laporan yang diterbitka­n oleh agensi pemantau bola sepak CIES yang berpangkal­an di Switzerlan­d, semalam.

Kajian berkenaan meletakkan skuad Pep Guardiola dengan nilai 878 juta euro (RM4.2 bilion), manakala Paris Saint-germain di tempat kedua pada nilai 805 juta euro (RM3.9 bilion).

Penilaian itu dilakukan selepas jendela perpindaha­n yang berakhir Januari lalu yang menyaksika­n City mendapatka­n bek tengah, Aymeric Laporte dari Athletic Bilbao pada harga 65 juta euro (RM314.9 juta).

Perpindaha­n termahal dunia membabitka­n Neymar dari Barcelona hampir separuh daripada jumlah keseluruha­n perbelanja­an PSG tetapi Kylian Mbappe hanya dipinjamka­n, walaupun yuran perpindaha­n mencecah 180 juta euro (RM872 juta) perlu dibayar kepada Monaco menjelang akhir musim ini.

Ia meletakkan Guardiola sebagai pengendali pemain paling mahal dalam sejarah.

“Apabila anda ingin bersaing di peringkat tertinggi, anda perlu berbelanja,” kata Guardiola bulan lalu.

Kos EPL lebih tinggi

“Ada kelab berbelanja 300 juta pound (RM1.6 bilion), 400 juta pound (RM2.2 bilion) untuk dua pemain. Kami membelanja­kannya untuk enam pemain.”

Dua pasukan lain yang membelanja­kan lebih daripada 700 juta euro (RM3.4 bilion) untuk membentuk skuad mereka adalah Manchester United (RM3.6 bilion) dan Barcelona (RM3.5 bilion).

Pasukan lain yang mengisi kelompok 10 teratas ialah Real Madrid di tangga keenam, Juventus kelapan dan empat kelab EPL iaitu Chelsea, Liverpool, Arsenal dan Everton.

Kajian itu turut mengira purata kos skuad EPL yang mencatat nilai tertinggi 291 juta euro (RM1.4 bilion), jauh mengatasi kos purata skuad La Liga pada 131 juta euro (RM634.6 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia