Berita Harian

Maybank IB unjur pasaran saham kekal aliran menaik

Rangsangan fiskal PRU, kenaikan OPR pacu kerancakan pelaburan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Bursa Malaysia dijangka terus mendapat sokongan asas domestik yang kukuh pada separuh pertama tahun ini, meskipun tercetus aktiviti penjualan saham besarbesar­an di pasaran Wall Street baru-baru ini yang menyaksika­n indeks Dow Jones menjunam sehingga 1,600 mata.

Maybank Investment Bank (Maybank IB), berkata ia menjangkak­an sentimen positif serta rangsangan fiskal pra Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) menjadi dua pemacu utama kepada kerancakan pelaburan.

“Rangsangan fiskal yang diterajui oleh pilihan raya umum akan menjurus kepada sektor pengguna yang mana pertumbuha­n dalam pendapatan boleh guna dijangka berterusan dan menerajui separuh pertama tahun ini. Kenaikan OPR juga akan memberi manfaat kepada bank.

“Selain itu, Maybank IB percaya kontraktor berpengala­man seperti Gamuda, IJM Corp, Sunway Constructi­on dan Cahya Mata Sarawak berpotensi besar untuk meraih kontrak projek mega,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sektor pelanconga­n

Menurut Maybank IB, sektor pelanconga­n pula akan dipacu oleh perbelanja­an tinggi pelancong berkualiti, selain Tahun Melawat Malaysia 2020 dijangka memacu sektor berkenaan berdasarka­n kejayaan dua program sama pada 2007 dan 2014.

“Pada 2007 dan 2014, kehadiran pelancong mencatat peningkata­n masing-masing 19 peratus dan tujuh peratus tahun ke tahun, sementara perbelanja­an pelancong tumbuh 27 peratus dan 10 peratus,” katanya.

Firma pelaburan itu juga men- jelaskan, pembanguna­n infrastruk­tur turut dijangka memacu aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak serta Pantai Timur Semenanjun­g Malaysia.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memacu aktiviti ekonomi.

“Bagi Sarawak, Bank Pembanguna­n Sarawak dan PETROS (Petroleum Sarawak Bhd) serta di Sabah, Sabah Internatio­nal Petroleum Sdn Bhd juga bakal menjadi pemangkin,” katanya.

Makroekono­mi

Maybank IB juga menjangka latar belakang makroekono­mi Malaysia juga kekal kukuh tahun ini dengan unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar melepasi lima peratus, meneruskan momentum 5.3 peratus dari 2017.

“Pertumbuha­n ini disokong momentum pertumbuha­n perbelanja­an pengguna yang mapan, pertumbuha­n pelaburan lebih kukuh dipacu projek pelaburan dan infrastruk­tur utama baharu serta sedia ada dan lonjakan dalam perbelanja­an penggunaan kerajaan.

“Kami juga kekal optimistik terhadap ringgit dengan menyemak semula nilai mata wang tempatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir 2018 kepada RM3.65 berbanding RM3.90 sebelum ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia