Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup kukuh

FBM KLCI meningkat 2.85 untuk ditutup 1,833.02 mata

-

Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam dengan peningkata­n dilihat pada saham wajaran tinggi terpilih seperti Maxis dan Nestle, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.85 mata untuk ditutup kepada 1,833.02 daripada 1,830.17 mata ketika ditutup kelmarin.

Selepas dibuka tinggi 3.64 mata kepada 1,833.81, barometer temmeningk­at patan bergerak antara julat kecil 1,830.28 dan 1,835.17 sepanjang sesi dagangan.

Maxis meningkat lapan sen kepada RM6.02 dengan 1.08 juta saham diniagakan, susulan keputusann­ya yang lebih baik bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Nestle naik lima sen kepada RM116.80.

Pasaran yang lebih luas ditutup bercampur-campur, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 495 berbanding 409 manakala 391 kaunter tidak berubah, 575 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.62 bilion saham, bernilai RM2.44 bilion, susut daripada 1.80 bilion unit bernilai RM2.26 bilion kelmarin.

Peniaga berkata, pasaran bermula dengan momentum yang baik berikutan peningkata­n Wall Street semalaman.

“Bagaimanap­un, ia dijangka kekal berdaya tahan bagi minggu ini menjelang pengumuman mengenai angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keem- pat dan tahun penuh 2017 Malaysia oleh Bank Negara Malaysia yang dijangka mencatatka­n lebih lima peratus,” kata peniaga.

Bagi pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.29 peratus kepada 29,839.53, Indeks Komposit Shanghai naik satu peratus kepada 3,185.63, Kospi Korea Selatan menokok 0.41 peratus kepada 2,395.19 dan Indeks Straits Times Singapura menambah 0.89 peratus kepada 3,415.07.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank, Hong Leong Bank dan Petgas, masing-masing meningkat empat sen kepada RM10.10, RM18.00 dan RM17.80. Tenaga jatuh dua sen kepada RM15.74.

Petronas Chemicals dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM7.98 dan RM6.90.

Dalam kalangan saham aktif, PUC menambah setengah sen kepada 24.5 sen, Sapura Energy merosot satu sen kepada 67 sen dan Sumatec tidak berubah pada tujuh sen.

MAHB adalah kaunter paling rugi dengan sahamnya susut 72 sen kepada RM8.40, dengan 39.53 juta saham diniagakan selepas Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia memperkena­lkan dua peraturan utama yang penganalis­is percaya akan memberi kesan kepada syarikat.

Indeks FBM Emas naik 33.26 mata kepada 13,049.86, Indeks FBMT 100 meningkat 28.92 mata kepada 12,774.38 dan FBM 70 menokok 67.02 mata kepada 15,973.67.

Indeks FBM Emas Syariah melonjak 45.78 mata kepada 13,363.98 dan FBM Ace menambah 25.17 mata kepada 6,110.42.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 46.05 mata kepada 17,535.66, Indeks Perusahaan meningkat 7.24 mata kepada 3,232.86 dan Indeks Perladanga­n menokok 29.44 mata kepada 7,991.21.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 1.01 bilion unit bernilai RM2.32 bilion daripada 1.19 bilion unit bernilai RM2.15 bilion pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia