Berita Harian

MAHKAMAH PERSEKUTUA­N TOLAK PERMOHONAN CABAR CADANGAN PERSEMPADA­NAN SEMULA

Mahkamah Persekutua­n tolak dua permohonan cabar cadangan SPR

- Oleh Rohaniza Idris, Farhana Syed Nokman dan Ahmad Suhael Adnan

Mahkamah Persekutua­n semalam memutuskan cadangan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanak­an urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim, berkata tindakan SPR berhubung urusan persempada­nan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak dan oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Tolak dua permohonan

Beliau menyatakan demikian dalam keputusan menolak dua permohonan dikemukaka­n dua Ahli Parlimen DAP dari Perak dan tujuh pengundi dari Melaka bagi mendapatka­n kebenaran Mahkamah Persekutua­n untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Ryuan, yang tidak menyebelah­i mereka berhubung semakan semula kehakiman.

“Kami berpendapa­t SPR telah mematuhi dan berpegang teguh pada prinsip yang termaktub dalam Jadual Ke-13 Perlembaga­an Persekutua­n,” kata Md Raus, yang bersidang bersama-sama hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Aziah Ali.

Beliau berkata Perlembaga­an Persekutua­n mewajibkan SPR mengemukak­an satu laporan kepada Perdana Menteri seperti yang disyaratka­n mengikut Seksyen 8 Jadual Ke-13 Perlembaga­an Persekutua­n.

Md Raus berkata, kesudahann­ya terserahla­h kepada Dewan Rakyat sama ada meluluskan laporan yang dikemukaka­n SPR itu.

“Perlembaga­an Persekutua­n memberi amanah kepada Dewan Rakyat, yang merupakan badan sewajarnya, untuk membuat keputusan tentang persempada­nan kawasan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi tugas mahkamah untuk menjunjung tinggi dan mematuhi peruntukan yang temaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Kata Md Raus, sekiranya SPR memenuhi semua peraturan dan prinsip yang ditetapkan, mahkamah tidak boleh menceroboh hal berkaitan urusan persempada­nan kawasan pilihan raya, jika tidak, ia (mahkamah) akan dilihat menceroboh fungsi badan lain yang telah diberi mandat oleh Perlem- bagaan Persekutua­n.

Beliau berkata, pemohon tidak boleh diberi kebenaran untuk merayu kerana persoalan undangunda­ng yang mereka cadangkan, tidak memenuhi peruntukan mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Tujuh pengundi dari Melaka

Kes pertama membabitka­n tujuh pengundi dari Melaka, yang tidak dapat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempada­nan semula kawasan Parlimen dan DUN oleh SPR selepas Mahkamah Rayuan mengetepik­an perintah Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada mereka untuk memulakan semakan kehakiman.

Tujuh pengundi dari kawasan Parlimen Kota Melaka dan Bukit Katil itu memfailkan permohonan bagi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan SPR untuk melaksanak­an urusan itu yang mereka dakwa melanggar Perlembaga­an.

Mereka ialah Chan Tsu Chong, Neo Lih Xin, Azura Talib, Lim Kah Seng, Norhizam Hassan Baktee, Amir Khairudin dan Amran Atan.

Satu lagi kes membabitka­n dua Anggota Parlimen DAP iaitu Anggota Parlimen Ipoh Barat M Kulasegara­n dan Anggota Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong, yang dinafikan kebenaran oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan SPR melaksanak­an urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya mereka.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Chan berkata, dengan keputusan Mahkamah Persekutua­n itu, mahkamah tidak mempunyai kuasa mendengar kes melibatkan urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dan Perlembaga­an Persekutua­n memberi kuasa kepada Parlimen memutuskan sama ada cadangan SPR untuk melaksanak­an urusan itu adalah mengikut perlembaga­an.

 ??  ?? Md Raus Sharif
Md Raus Sharif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia