Berita Harian

MASJID RAI MASYARAKAT CINA SAMBUT TAHUN BAHARU

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kariah meriah

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Buat kali pertama, sebuah masjid di sini, menganjurk­an Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bagi meraikan masyarakat Tionghua yang menetap di kawasan sekitar.

Walaupun majlis dianjurkan Jawatankua­sa Kariah Masjid Jamek Tasek Gelugor ringkas dan sederhana, namun sambutanny­a tetap meriah apabila dihadiri masyarakat berbilang bangsa.

Penyelia kilang, Tan Chooi Teit, 51, berkata dia gembira sebaik menerima jemputan daripada pihak kariah masjid yang menganjurk­an program untuk meraikan perayaan kaumnya.

Katanya, jemputan itu amat bermakna bagi dirinya yang gemar melihat seni bina masjid kerana keunikanny­a, namun tidak berpeluang mengunjung­inya kerana bimbang tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

“Saya sudah lama mahu masuk ke pekarangan masjid bagi melihat seni binanya, namun teragak-agak sama ada boleh masuk atau tidak kerana tidak mahu ada isu berbangkit kelak.

“Apabila mendapat jemputan ini, saya begitu terharu dan tidak sangka akhirnya dapat melihat suasana yang tidak pernah dirasai sebelum ini, apatah lagi saya diraikan dengan cukup mesra,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagi jurulatih kecergasan, Ooi Chooi Beng, 36, keunikan masjid mendorong dirinya mendekati agama Islam hingga mengambil langkah memeluk agama suci itu sejak lima bulan lalu.

Inisiatif perlu dicontohi

“Sebelum memeluk Islam, saya menganggap masjid hanya untuk orang Muslim sahaja dan tidak berani menghampir­inya walaupun saya teringin memasukiny­a.

“Menyedari fungsi masjid begitu luas, secara tidak sedar saya mula mempelajar­i Islam dan terus memeluk agama ini bersama keluarga selepas tertarik dengan ajaran yang membawa manusia menuju kebaikan,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif diambil pihak kariah masjid menganjurk­an program dengan meraikan orang bukan Islam patut dicontohi dan diperbanya­kkan pada masa depan berikutan manfaatnya begitu luas serta menyekat salah faham terhadap institusi masjid.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Jamek Tasek Gelugor, Khairul Anuar Musa berkata, penganjura­n program berkenaan satu bentuk dakwah yang cuba ditekankan pihaknya dalam usaha membuka minda bahawa tempat beribadah itu bukan untuk umat Islam saja.

Ooi Chooi Beng, Jurulatih kecergasan Program meraikan orang bukan Islam patut dicontohi dan diperbanya­kkan pada masa depan berikutan manfaatnya begitu luas serta menyekat salah faham terhadap institusi masjid”

 ??  ??
 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Khairul Anuar memberi angpau pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Masjid Jamek Tasek Gelugor, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Khairul Anuar memberi angpau pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Masjid Jamek Tasek Gelugor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia