Berita Harian

Dapat ganjaran, pencen penuh

SKIM PERSARAAN ATAS SEBAB KESIHATAN (ASK)

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Fairuz Mohd Shahar

Penjawat awam yang mengalami masalah kesihatan kronik dan tidak dapat menjalanka­n tugas diberi pilihan bersara awal menerusi skim ASK mulai April Jika mula berkhidmat April 2005 dan terpaksa diberhenti­kan 2018 selepas bertugas 12 tahun 23 hari, dijangka menerima pencen bulanan hampir tiga kali ganda berbanding skim sedia ada

Penjawat awam yang mengalami masalah kesihatan kronik dan tidak lagi dapat menjalanka­n tugas mereka akan diberi pilihan untuk bersara awal menerusi skim persaraan Atas Sebab Kesihatan (ASK).

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, berkata skim ASK itu sudah mendapat persetujua­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan dibentangk­an di Parlimen bulan depan dan dijangka dilaksanak­an pada April.

Beliau berkata, menerusi dasar baharu itu, kakitangan awam yang memilih untuk menamatkan perkhidmat­an mereka selepas disahkan oleh doktor tidak lagi boleh bekerja dan memberi sumbangan kepada perkhidmat­an awam kerana sakit yang sangat mudarat seperti strok, gangguan psikologi atau kesan selepas kemalangan, akan diberi ganjaran dan faedah pencen bulanan yang lebih baik.

“Kita sedang menggubal satu peraturan, yang sudah diluluskan kerajaan, iaitu bagi mereka yang mengalami sakit dan tidak dapat menjalanka­n tugas, kita akan memberi mereka kelonggara­n untuk bersara dalam keadaan yang cukup baik yang mana mereka seolah-olah berkhidmat dengan kerajaan hingga usia 60 tahun atau usia persaraan wajib.

“Kita percaya kalau mereka ini terus bertugas, kemungkina­n kesihatan akan bertambah teruk, malah mereka mungkin tidak selesa untuk terus menyumbang khidmat dan produktivi­ti sebaik mungkin kepada sektor awam,” katanya di sini, semalam.

Menjelaska­n lebih lanjut, Zainal Rahim berkata, menerusi formula baharu itu, sebagai contoh seorang penjawat awam yang memulakan perkhidmat­an pada April 2005 dan terpaksa diberhenti­kan tahun ini selepas bertugas selama 12 tahun dan 23 hari (sepatutnya bersara 2046) atas alasan kesihatan, dijangka menerima ganjaran sebanyak RM70,200 dengan pencen bulanan RM1,200.

Pencen tiga kali ganda

“Berbanding peraturan yang diguna pakai sekarang, penjawat awam itu hanya mendapat ganjaran RM21,600 dengan pencen bulanan RM479.99. Jadi menerusi ASK ini, pencen bulanan yang diterima hampir tiga kali ganda,” katanya.

Dengan peraturan baharu itu, beliau menjangkak­an lebih ramai penjawat awam yang menghadapi masalah kesihatan, yang sebelum ini enggan bersara awal kerana takut hilang sumber pendapatan, akan menawarkan diri untuk bersara awal mengikut peraturan ASK.

Dijangkaka­n seramai 200 hingga 220 penjawat yang mengalami masalah kesihatan akan memohon skim berkenaan tahun ini dan jumlah berkenaan akan bertambah dari tahun ke tahun.

Kebajikan diberi kerajaan

“Sebelum ini, ramai penjawat awam yang sakit keberatan bersara awal. Antara alasan ialah mereka baharu bertugas 10 atau 15 tahun dan perlu menanggung anak yang masih bersekolah serta jumlah pencen rendah. Jadi, mahu tidak mahu, mereka terpaksa meneruskan kerja.

“Kerajaan prihatin dengan keadaan mereka. Kita tengok keluarga terpaksa hantar mereka dari jauh, ada yang naik kerusi roda datang pejabat, muka tertekan dan bimbang. Jadi, kita sediakan satu peraturan baharu untuk mereka bersara dan hidup dengan selesa.

“Ini kebajikan yang kerajaan bagi, lihat betapa hebatnya negara seperti Malaysia menjaga kebajikan penjawat awam, sekali gus membolehka­n rakyat kekal sejahtera,” katanya.

Sebelum ini, ketika membentang­kan Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumka­n bahawa penjawat awam yang dibersarak­an atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolaholah pegawai berkhidmat hingga usia persaraan wajib.

Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Kita sedang menggubal satu peraturan, yang sudah diluluskan kerajaan, iaitu bagi mereka yang mengalami sakit dan tidak dapat menjalanka­n tugas, kita akan beri mereka kelonggara­n untuk bersara dalam keadaan cukup baik yang mana mereka seolah-olah berkhidmat dengan kerajaan hingga usia 60 tahun atau usia persaraan wajib”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia