Berita Harian

SUFIAN, ELFIRA SAH PUTUS TUNANG

Sah putus tunang dengan Elfira Loy, Sufian Suhaimi beroleh semangat berkarya

- Oleh Zaidi Mohamad

Manusia hanya merancang, namun Allah yang menentukan. Begitulah perlambang­an tepat merungkai kemelut dalam hubungan penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy.

Niat disatukan bulan depan hanya tinggal kenangan, akhirnya, keduadua pihak mengaku ikatan pertunanga­n yang terjalin sejak 6 Oktober lalu, terputus.

Akur jodoh dengan Elfira Loy tidak kesampaian, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya tampil mengesahka­n ikatan pertunanga­n mereka putus mengikut adat.

Sufian memberitah­u, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin datang memulangka­n cincin pertunanga­n kepada keluargany­a di Muar, Johor, Ahad lalu.

“Semuanya selesai penuh adat. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang peduli mengenai kami dan yang mendoakan baikbaik untuk kami,” katanya kepada HIP.

Sabtu lalu, BH Online melaporkan kenyataan ibu Elfira, Filzah Yusoff yang mengesahka­n anaknya itu sudah putus tunang dengan penyanyi lagu Terakhir itu.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu. Jika mengikut perancanga­n awal, mereka bakal disatukan, awal bulan depan.

Ubat kecewa dengan berkarya

Sufian berkata, dia enggan memanjangk­an cerita mengenai kisah pertunanga­nnya yang putus kerana percaya jodoh mereka hanya sampai setakat itu.

Sebaliknya, kata Sufian, dia mahu terus fokus dengan apa yang dilakukann­ya sekarang

serta mengubat kekecewaan dengan berkarya.

“Ada pepatah Inggeris menyebut ‘a broken heart creates a mas

terpiece’. Jadi saya akan cuba kongsi melalui lagu.

“Insyaallah saya takkan biarkan tarikh 23 atau 24 Mac depan yang sepatutnya menjadi detik saya berkahwin, jadi siasia. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan kongsi dengan anda semua,” katanya.

Mengikut perancanga­n, Sufian dijangka melancarka­n single keempat berjudul Di Matamu.

Semuanya selesai penuh adat. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang peduli mengenai kami dan yang mendoakan baik-baik untuk kami” Sufian Suhaimi

Sejak berita putus tunang tersebar, Sufian banyak menerima kata-kata semangat dan nasihat daripada rakan artis. Antara artis yang melayangka­n mesej kepada dirinya dan Elfira ialah Sharnaaz Ahmad, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ernie Zakri dan Heliza Helmi.

Sufian turut dilihat berkongsi mesej diterima melalui aplikasi Whatsapp dan Twitter pada akaun Instagram.

Sharnaaz melayangka­n mesej berbunyi:

“Kita sayang orang itu, belum tentu dia milik kita sebab Allah dah tetapkan orang lain akan jaga dia untuk kita. Allah Maha Kuasa dan Mengetahui. Kekal positif dua adikku.

“Setiap pertemuan dan jodoh itu rahsia Allah. Bertabahla­h wahai jiwa Sufian dan Elfira. Reda dengan ketentuan-nya. Semoga Allah berikan cahaya buat kalian... Amin.”

Aiman juga menasihatk­an Sufian supaya terus kuat dan percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

“Jangan ‘termakan’ dengan katakata netizen,” katanya.

Ernie pula berharap Sufian akan terus kuat berdepan dugaan putus tunang.

“Semoga yang baik-baik sahaja mendatang untuk Sufian... InsyaAllah, jodoh sentiasa di tangan Allah.

“Kita yang berusaha ini, reda dengan segala ketentuan dan ramai yang mendoakan. Semoga 2018 akan memberi makna yang baikbaik untuk kamu dan keluarga,” katanya.

Heliza pula berkongsi potongan hadis buat renungan Sufian manakala Haqiem sedia meluangkan masa untuk bertemu sebagai tanda sokongan.

Hanya keluarga tahu

Umpama penamat kepada kontrovers­i putus tunang antara Elfira dan Sufian, Ahmad Sabri mengesahka­n beliau sudah memulangka­n cincin mengikut adat di kediaman keluarga penyanyi itu di Muar, Johor, Ahad lalu.

Ahmad Sabri berkata, beliau yang ditemani lapan ahli keluarga dan sanak-saudara bertemu bapa dan bapa saudara Sufian di rumah keluarga Sufian, kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, Sufian tidak berada di rumah ketika majlis pemulangan cincin tunang itu berlangsun­g.

“Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunanga­n antara Elfira dan Sufian.

“Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitka­n hati dan menyinggun­g perasaan orang lain.

“Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing sahaja tahu,” katanya.

Ahmad Sabri mengaku proses pemulangan cinta mengambil masa disebabkan urusan kedua-dua keluarga selain faktor kesesuaian masa.

“Saya pun sibuk dengan urusan kerja. Jika diikutkan, kita mahu serah cincin ini sebelum Elfira mengerjaka­n umrah pada awal bulan ini. Tapi ada sahaja halangan. Akhirnya, alhamdulil­lah segala urusan dipermudah­kan semalam,” katanya.

Memperinci­kan pertemuan Ahad lalu, Ahmad Sabri berkata semuanya dilakukan mengikut adat Melayu.

“Proses penyerahan cincin berlangsun­g dengan adat Melayu tanpa ada syarat tambahan seperti majlis tunang Oktober lalu.

Teruskan hubungan baik

“Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masingmasi­ng reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh,” katanya.

Ahmad Sabri juga mengaku selepas segala dirancang tidak menjadi, keluarga kedua-dua pihak terluka dan menanggung malu.

“Saya tak anggap hanya satu keluarga sahaja yang menanggung malu dan sedih. Sebaliknya, keduadua keluarga.

“Sebagai orang Islam dan Melayu kita menerima ketentuan qada dan qadar ini... Kita merancang, Tuhan tentukan.

“Malah, lebih baik dan afdal selepas ini kita tutup sahaja hal ini tanpa perlu ada lagi kenyataan daripada pihak Elfira dan Sufian termasuk sidang media yang boleh menyinggun­g perasaan,” katanya.

Tambah Ahmad Sabri, dia turut berkomunik­asi dengan Elfira dan Sufian selepas apa terjadi.

“Saya ada menghantar mesej kepada Elfira sekembalin­ya dia dari New York, Amerika Syarikat (AS), malam tadi. Saya harap dia kuat dengan dugaan ini.

“Saya harus puji Sufian kerana mesej yang dihantarny­a, semalam cukup bagus. Dia beritahu keluargany­a sudah maklumkan hal penyerahan cincin. Dia juga minta maaf atas khilaf diri selain meminta halalkan makan dan minum,” katanya.

Semoga yang baik-baik sahaja mendatang untuk Sufian... Insya-allah, jodoh sentiasa di tangan Allah” Ernie Zakri

Kita sayang orang itu, belum tentu dia milik kita sebab Allah dah tetapkan orang lain akan jaga dia untuk kita. Allah Maha Kuasa dan Mengetahui” Sharnaaz

Jangan ‘termakan’ dengan kata-kata netizen” Aiman Tino

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia