Berita Harian

2 LAGI MAUT KERETA REMPUH TEMBOK TOL BATU TIGA

Kejadian kedua ragut 2 nyawa selepas Plaza Tol Batu Tiga tutup 1 Januari lalu

- Oleh Ruwaida Md Zain

Plaza Tol Batu Tiga di sini yang sudah tidak beroperasi meragut dua nyawa lagi malam kelmarin, membabitka­n seorang wanita dan rakannya selepas kejadian pertama pada 15 Januari lalu yang mengorbank­an dua mangsa dan seorang cedera.

Mangsa, Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27, yang baru selesai meraikan hari ulang tahun kelahirann­ya yang ke-27 tahun dan rakannya maut, selepas kereta yang mereka naiki dipercayai melanggar tembok batu tol di plaza tol berkenaan tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata dalam kejadian pada jam 12.55 tengah malam itu, Noor Hidayah dan Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam.

“Siasatan awal mendapati, Fathurezza Khoirul Huda dipercayai memandu laju dan gagal mengawal kenderaann­ya, lalu merempuh tembok tol itu.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat pada jam 9.30 pagi ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kemalangan maut itu adalah kejadian kedua membabitka­n kematian selepas Plaza Tol Batu Tiga ditutup secara rasmi pada 1 Januari lalu.

Pada 15 Januari lalu, BH melaporkan dua maut dan seorang cedera apabila kereta PERODUA Kancil yang mereka naiki melanggar plaza tol berkenaan.

Baharudin berkata, berdasarka­n maklumat pengenalan diri, Fathurezza Khoirul Huda, seorang mekanik di Padang Jawa, Shah Alam, manakala Noor Hidayah pula beralamat di Seksyen 24, Shah Alam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Gesa tol diroboh segera

Sementara itu, abang Noor Hidayah, Mohamed Khairul Ekhwan, 31, berharap Plaza Tol Batu Tiga dirobohkan segera supaya kejadian menimpa adiknya tidak berulang.

“Sejak tol dimansuhka­n, kawasan terbabit menjadi gelap kerana tiada lampu seperti sebelum ini dan saya berharap proses merobohkan plaza tol dipercepat­kan,” katanya.

Katanya, beliau terkilan kerana Noor Hidayah tidak sempat meraikan perkahwina­nnya pada Mei nanti.

“Memang saya terkilan sangat kerana amat mengharapk­an dia bersama-sama meraikan hari bahagia saya nanti,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Shah Alam, semalam.

“Arwah memang peramah, dia sangat rapat dengan keluarga, termasuk anak-anak saudaranya. Sebelum dia keluar semalam (kelmarin) pun kami sempat bergurau,” katanya.

Rurah Wardayanti , 54, iaitu ibu Fathurezza Khoirul Huda berkata, anak sulung daripada sembilan beradik itu banyak membantu keluarga.

Pada 18 Januari lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, dilaporkan berkata Kementeria­n Kerja Raya akan menyegerak­an kerja merobohkan plaza tol berkenaan dan Sungai Rasau di sini, bagi meningkatk­an kelancaran aliran trafik.

Fadillah memberi reaksi kepada laporan media berkaitan permintaan pengguna Lebuhraya Persekutua­n supaya plaza tol terbabit dirobohkan secepat mungkin kerana boleh mendatangk­an bahaya kepada pengguna.

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota bomba mengeluark­an mayat mangsa kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga Shah Alam, malam semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota bomba mengeluark­an mayat mangsa kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga Shah Alam, malam semalam.
 ??  ?? Baharudin Mat Taib
Baharudin Mat Taib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia