Berita Harian

Empat pemancing hilang, satu mayat ditemui

Mayat seorang mangsa ditemui 7km dari lokasi

- Oleh Mohd Hasbi Sidek dan Kalbana Perimbanay­agam

Anggota bomba meninjau lokasi lima pemancing dihanyutka­n arus deras Sungai Gasi berhampira­n Kem Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Pautan di pokok bawah jambatan tidak memadai apabila arus deras menghanyut­kan lima pemancing di Sungai Gasi berhampira­n Kem Paya Jaras Markas Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Perhubunga­n Strategik di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lima pemancing termasuk dua wanita dilaporkan hilang dibawa arus.

Pada jam 9 malam tadi, mayat seorang lelaki dipercayai daripada kumpulan pemancing berkenaan ditemui kira-kira tujuh kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Bagaimanap­un, identitiny­a belum dikenal pasti.

Setakat jam 11 malam tadi, empat lagi pemancing belum ditemui.

Terima tiga laporan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan S Somu, berkata pihaknya menerima tiga laporan daripada tiga lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun yang terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, dua daripada mereka ke lokasi itu bersama isteri masing-masing berusia 30 dan 48 tahun serta dua rakan pasangan anak beranak berusia 37 dan 14 tahun, sebelum dihanyutka­n arus deras sungai berikutan air pasang.

“Pada masa sama, seorang lelaki warga Indonesia yang terselamat memaklumka­n seorang rakannya hilang dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Somu berkata, berdasarka­n maklumat awal, beberapa kumpulan pemancing lain turut berada di lokasi berkenaan.

“Kami dimaklumka­n ada sekumpulan pemancing warga asing berada di lokasi berkenaan dan dikhuatiri turut lemas.

“Kerja mencari dan menyelamat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor giat dijalankan untuk mengesan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ahli keluarga yang keluar memancing di daerah itu tetapi belum pulang, diminta menghubung­i polis.

Dalam laporan itu, kedua-dua lelaki terbabit memaklumka­n mereka pergi ke lokasi itu bersama isteri masing-masing, sebelum dihanyutka­n arus deras sungai berikutan air pasang” S Somu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh

 ??  ??
 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Mayat seorang lelaki dijumpai pada jam 9 malam tadi di Jalan Haji Baie Kampung Paya Jaras.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Mayat seorang lelaki dijumpai pada jam 9 malam tadi di Jalan Haji Baie Kampung Paya Jaras.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia