Berita Harian

PM lawat pusat pembedahan katarak pertama di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan masa melawat Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Maiwp)-hospital Selayang, pusat rawatan pertama seumpamany­a yang wujud di negara ini.

Perdana Menteri menyifatka­n kewujudan pusat rawatan itu membantu mengelak pesakit bersesak untuk mendapatka­n rawatan, selain menjimatka­n masa menunggu dan tidak membebanka­n rakyat kerana kos dikenakan serendah RM103.

“Singgah melawat Pusat Pembedahan Katarak MAIWP di Jalan Ipoh hari ini (semalam), pusat pertama seumpamany­a di Malaysia.

“Sekarang pesakit tak perlu bersesak, waktu menunggu jauh lebih singkat, kos rawatan pun serendah RM103. Kerajaan terus sediakan yang terbaik untuk rakyat,” katanya dalam entri akaun Twitter rasminya yang turut dikongsi menerusi akaun Facebook, semalam.

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri turut mengumumka­n pemberian dana tambahan RM3 juta kepada pusat rawatan berkenaan.

Beri dana tambahan RM3J

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang mengiringi Najib dalam lawatan berkenaan, berkata peruntukan ini akan digunakan untuk membeli lebih banyak peralatan canggih dan terkini.

Beliau berkata, MAIWP menyumbang dana bagi membeli dan membangunk­an lot kedai di Jalan Ipoh, bagi dijadikan pusat pembedahan rawatan harian serta menyediaka­n peralatan canggih untuk pembedahan katarak.

“Kementeria­n menyediaka­n pasukan kepakaran mata untuk memberikan perkhidmat­an terbaik pada kadar mampu milik bagi rakyat,” katanya.

Katanya, pusat berkenaan menerima 12,100 pesakit sejak ditubuhkan pada 2013, yang mana pesakit hanya perlu membayar RM103 untuk pembedahan, manakala pesakit kurang berkemampu­an diberi rawatan percuma.

“Ini jauh berbeza dengan caj rawatan sekurang-kurangnya RM3,000 sehingga berbelas ribu jika dijalankan di hospital atau klinik mata swasta,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib ketika lawatan ke Pusat Pembedahan Katarak Maiwp-hospital Selayang, di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Dr Noor Hisham.
[FOTO BERNAMA] Najib ketika lawatan ke Pusat Pembedahan Katarak Maiwp-hospital Selayang, di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Dr Noor Hisham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia