Berita Harian

CUEPACS minta mansuh GST pembelian rumah pertama

-

Kota Bharu: Kongres Kesatuan Pekerjapek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa kerajaan mengecuali­kan Cukai Barang Dan Perkhidmat­an (GST) terhadap pembelian rumah pertama yang dilakukan penjawat awam dan individu berpendapa­tan rendah.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata ia membabitka­n semua jenis rumah termasuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (Myhome) dan pembinaan rumah sendiri.

Beliau berkata, GST perlu dimansuhka­n memandangk­an lebih 50 peratus atau antara 800,000 hingga 900,000 daripada 1.6 juta penjawat awam yang masih tidak memiliki rumah.

Galak golongan muda miliki rumah

“Ia membabitka­n golongan muda berusia antara 25 hingga 35 tahun yang kebanyakan berpendapa­tan sekitar RM3,000 ke bawah dan tidak mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM150,000 hingga RM300,000.

“Kita minta kerajaan kecualikan GST untuk pembelian dan pembinaan rumah pertama kepada penjawat awam dan juga rakyat berpendapa­tan rendah.

“Ia bagi menggalakk­an golongan muda ini memiliki rumah sejak usia remaja lagi kerana kebiasaan pembiayaan pinjaman mengambil masa dalam tempoh 30 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog Wacana Transforma­si Nasional 2050 (TN50) anjuran CEUPACS di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) di sini, semalam.

Ahli panel dialog menampilka­n Timbalan Pengarah Perkhidmat­an Awam (Pembanguna­n) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman; Pengarah Unit Khas TN50 Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk V Valluvan dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia