Berita Harian

Skim baharu mampu lindungi aspek kebajikan

-

Putrajaya: CUEPACS yang menyambut baik pengenalan dasar baharu skim persaraan Atas Sebab Kesihatan (ASK) berharap ia dapat diluluskan pada sidang Parlimen akan datang.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda, berkata skim baharu itu yang dijangka dilaksanak­an April ini akan meringanka­n beban penjawat awam yang sakit kronik dan tidak boleh lagi meneruskan khidmat dalam perkhidmat­an awam.

Azih berkata, penjawat awam yang mengalami sakit kronik sudah tidak boleh lagi fokus kepada tugas dan perlu diberi pilihan bersara awal supaya tidak terus menanggung risiko kesihatan.

Terdapat kes penjawat awam yang sudah tidak boleh bekerja lagi kerana keadaan kronik akibat strok seluruh badan. Ada juga yang hilang ingatan, mungkin akibat tekanan dan kemalangan.

“Justeru, skim persaraan ASK ini amat membantu penjawat awam ini kerana mereka boleh bersara lebih awal tetapi seolah-olah berkhidmat dengan kerajaan hingga usia 60 tahun atau usia persaraan wajib,” katanya di sini, semalam.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, semalam memaklumka­n penjawat awam yang mengalami masalah kesihatan kronik dan tidak lagi dapat menjalanka­n tugas mereka, akan diberi pilihan untuk bersara awal menerusi skim persaraan ASK.

Katanya, menerusi dasar baharu itu, kakitangan awam yang memilih menamatkan perkhidmat­an selepas disahkan doktor tidak lagi boleh memberi sumbangan kepada perkhidmat­an awam kerana sakit yang sangat mudarat seperti strok, gangguan psikologi atau kesan selepas kemalangan, akan diberi ganjaran dan faedah pencen bulanan yang lebih baik.

 ??  ?? Azih Muda
Azih Muda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia