Berita Harian

‘Usah leka kemampuan PAS bergerak solo’

-

Persaingan tiga penjuru yang dijangka berlaku pada 106 kerusi Parlimen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dilihat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), tetapi perlu mendepani saingan sengit PAS, yang tidak lagi berada dalam pakatan pembangkan­g.

Beberapa Ahli Parlimen sependapat, wakil BN perlu bekerja keras memastikan kemenangan parti, walaupun belum mengetahui kedudukan masing-masing, sama ada kekal bertanding pada kerusi sama atau berpindah kawasan atau digugurkan.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata berdasarka­n perkembang­an semasa beliau melihat PAS menjadi pesaing sengit, menyebabka­n jentera BN tidak boleh merasa selesa kerana parti lawan itu mempunyai pengikut yang setia.

“Kita perlu bekerja keras tanpa ada masa untuk memperleke­hkan kemampuan PAS yang kini kembali ‘solo’ tanpa rakan sekutunya dalam pakatan harapan. Mereka adalah parti yang mempunyai ramai pengikut fanatik dari generasi ke generasi,” katanya ketika ditemui di Pusat Maklumat Pelanconga­n Malaysia (Matic) di sini semalam.

Nazri yang juga Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan berkata, ramai yang menyifatka­n jika berdepan persaingan tiga penjuru, kelebihan berpihak kepada BN tetapi itu tidak bererti jentera pilihan raya boleh berdiam diri.

Serah kepada rakyat menilai

“Di Parlimen Padang Rengas, ada 75 peratus pengundi Melayu, 20 peratus Cina dan lima peratus pengundi India. Pengundi Cina akan memihak kepada PKR kerana parti itu bukan sekadar mewakili orang Melayu. Jadi jika ada masalah, mereka akan mengundi PKR, manakala UMNO dan PAS akan bersaing mendapatka­n undi Melayu, ini akan menjadi sukar,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ada ada 30,000 pengundi dalam Parlimen Padang Rengas, hanya 70 peratus keluar mengundi.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menyifatka­n persaingan tiga penjuru di kawasan majoriti Melayu, memberi kelebihan kepada BN.

“Kelebihan sudah tentu pada kita, terutama di Terengganu. Saya yakin melihat suasana sekarang, jika pertanding­an secara langsung pun kita akan menang.

“Jika lihat apa yang pernah berlaku sebelum ini di Terengganu, BN pernah kalah 4-28 (PRU 1999), namun boleh ambil balik 28-4 (PRU 2004). Kita sudah masak perkara ini dan menjadikan­nya pedoman,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata PAS yakin dapat menawan semua kerusi tradisi parti itu yang sebelum ini diserahkan kepada rakan sekutunya ketika bersama dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif.

Katanya, realitinya PAS adalah parti yang paling kuat dalam kalangan pembangkan­g yang mempunyai jentera pilihan raya di akar umbi.

Ramai yang sifatkan jika berdepan persaingan tiga penjuru, kelebihan berpihak kepada BN tetapi itu tidak bererti jentera pilihan raya boleh berdiam diri” Mohamed Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia