Berita Harian

Politik bunuh karakter musnah tamadun bangsa

Najib tolak amalan tak berhemah, pamer peribadi terpuji: Salleh

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Politik pembunuhan karakter dengan menghujani serangan terhadap peribadi seseorang berupaya membunuh tamadun bangsa seperti ditunjukka­n dalam sorotan pelbagai sejarah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata Datuk Seri Najib Razak, yang menyedari kesan di sebalik tindakan berkenaan menolak amalan politik sedemikian dengan mempamerka­n keperibadi­an terpuji.

Walaupun dilempar pelbagai tohmahan, Salleh berkata, Perdana Menteri tetap santun dan berhemah dalam mempertaha­nkan diri daripada serangan musuh politiknya.

“Beliau (Najib) yakin pembunuhan karakter boleh melenyapka­n kebenaran, menjahanam­kan demokrasi dan secara perlahan membunuh bangsa.

Fokus idea, dasar

“Oleh itu, kita perlu berdebat berteraska­n kerangka demokrasi dengan memfokuska­n kepada idea dan dasar, bukannya menjatuhka­n pihak lawan, selain menelanjan­gkan aib peribadi mereka dalam usaha menegakkan bangsa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Najib menerusi entri di akaun Twitter rasminya bulan lalu, menyatakan kesyukuran kerana berpeluang memasuki makam Nabi Muhammad SAW yang dikatakan lazimnya diberi kepada tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi.

Kenyataan itu bagaimanap­un dimanipula­si segelintir pihak yang mendakwa ia sebagai cubaan meraih kepentinga­n politik, selain mempertika­ikan cara Perdana Menteri memberi salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad.

Zaman akhir empayar Rom

Salleh berkata, zaman akhir empayar Rom menyaksika­n puteranya sering berbunuhan kerana berebut tampuk kuasa, iaitu situasi sama era Mughal apabila Maharaja Aurangzeb memenjarak­an bapanya sehingga mangkat untuk kekal menerajui kepemimpin­an.

“Politik moden turut menyaksika­n gejala sama seperti Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy; Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto; Perdana Menteri India, Indira dan Rajiv Ghandi; Presiden Filipina, Benigno Aquino dan pemimpin kemerdekaa­n Burma, Aung San Suu Kyi.

“Mereka adalah sebahagian daripada senarai panjang pembunuhan politik di serata dunia. Terbaru, Datuk Seri Najib terkena permainan politik kotor ini.

“Karakter peribadiny­a dibunuh tanpa takut terhadap dosa dan pahala, semata-mata mahu mengaibkan peribadi Perdana Menteri supaya beliau tewas kepada tekanan serta undur diri daripada pentas politik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia